Van Gaal Bakal Kembali Mengurus Selepas Tawaran Besar Daripada Pasukan Rahsia

Bekas pengurus Manchester United, Louis van Gaal berkata beliau semakin hampir untuk kembali ke dalam bidang pengurusan bola sepak selepas menerima satu tawaran yang dianggap terlampau baik untuk ditolak.

Pengurus berbangsa Belanda tersebut sebelum ini adalah pengendali Manchester United selama dua musim, namun dipecat dari kedudukkannya di Old Trafford selepas menjuarai Piala FA pada 2016.

(Photo by Paul Gilham/Getty Images)

Manchester United kemudiannya melantik Jose Mourinho sebagai pengganti kepada Van Gaal.

Dan sejak meninggalkan Old Trafford, Van Gaal tidak menyertai mana-mana kelab.

Pada Disember lalu, Van Gaal pernah berkata beliau hanya akan kembali ke dalam bidang pengurusan sekiranya menerima tawaran daripada mana-mana kelab utama di kalangan kelab Inggeris, untuk memberikan beliau peluang membuktikan sesuatu kepada bekas majikan, Manchester United.

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Ketika bercakap kepada sebuah syarikat penyiar televisyen di Belanda, Ziggo Sport, Van Gaal dipetik sebagai berkata:

“Saya menerima banyak tawaran. Tetapi kini ada satu tawaran yang jelas mustahil untuk saya tolak.”

Pengurus berusia 66 tahun itu bagaimanapun enggan memberikan pendedahan lanjut mengenai tawaran yang diterimanya. Namun satu sumber dari Belanda yang dilaporkan oleh Sky Sports News berkata, Van Gaal mungkin ditawarkan untuk membimbing skuad kebangsaan Belanda.

(Photo credit should read EVARISTO SA/AFP/Getty Images)

Selain daripada Belanda, Itali dan juga Amerika Syarikat adalah dua lagi negara yang sedang mencari Ketua Jurulatih untuk pasukan kebangsaan masing-masing.

Beberapa hari lalu, media di Britain turut melaporkan Van Gaal turut ditawarkan menyertai Everton, dengan rakan senegara yang juga merupakan Pengarah Sukan PSV Eindhoven dijangka akan turut ke Goodison dalam masa terdekat.

Di dalam temuramah itu juga Van Gaal berkata jika beliau tidak menerima mana-mana tawaran menjelang Ogos atau September hadapan, maka ini bermakna beliau telah mengambil keputusan untuk bersara sepenuhnya daripada bola sepak.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN