Van Dijk Sebenarnya Sudah Lebih Awal Bagi Gambaran Yang Gakpo Akan Ke Anfield

Dunia bola sepak dikejutkan dengan berita perpindahan bintang Belanda, Cody Gakpo ke Liverpool yang dengan tiba-tiba berlaku pada awal pagi tadi.

Tak ada angin, tak ada ribut, dengan tiba-tiba Cody Gakpo dilaporkan sah akan ke Anfield pada jendela perpindahan Januari ini.

Bintang muda Belanda itu pada awalnya dilaporkan akan menyertai Manchester United pada jendela perpindahan Januari ini atau selewat-lewatnya pada musim panas nanti.

Walau Gakpo sendiri sudah menyatakan minatnya untuk ke Old Trafford, namun sepertinya Manchester United sendiri tidak menghantar sebarang bidaan rasmi untuk mendapatkan khidmatnya.

Dengan tiba-tiba, Liverpool menghantar wakil untuk melakukan rundingan dan kini Cody Gakpo sudah sah akan ke Anfield pada jendela perpindahan Januari ini.

Apa yang menariknya lagi, Liverpool berjaya mendapatkan Gakpo dengan harga yang sangat rendah berbanding dari apa yang dianggarkan oleh kebanyakkan pihak.

Melihat kepada aksi hebat beliau di pentas Piala Dunia, ramai peminat percaya yang Gakpo berkemungkinan akan dilepaskan dengan yuran perpindahan bernilai £80-£100 juta.

Liverpool walau bagaimanapun berjaya mendapatkan bintang Belanda itu dengan nilai hanya £37 juta sahaja tidak campur dengan bonus.

Van Dijk dah bagi gambaran awal yang Gakpo akan ke Anfield

Ketika kempen Piala Dunia sedang berlangsung, Virgil van Dijk sebenarnya kerap ditanya berkait masa depan bintang muda Belanda itu.

Van Dijk sendiri juga tidak henti-henti menghamburkan pujian menggunung kepada rakan senegaranya itu dan turut yakin Gakpo bakal ada masa depan yang sangat gemilang menantinya.

Bintang Liverpool itu juga turut menolak dakwaan yang mengaitkan Gakpo ke Old Trafford dengan menganggap taraf Man United tak cukup bagus untuk rakan senegaranya itu.

Pemain pertahanan terhebat dunia itu memberi perbandingan yang Man United tidak setanding Real Madrid untuk memberitahu yang Gakpo hanya akan memilih kelab terbaik sahaja untuk menjamin masa hadapannya.

Walau sudah menghamburkan segala pujian kepada Gakpo, namun Van Dijk sepertinya tidak pernah menyatakan yang rakan senegaranya itu akan ke Anfield.

Beliau jelas sekali sudah tahu lebih awal yang Gakpo akan ke Anfield dan kerana itu beliau mengeluarkan kenyataan-kenyataan seperti itu.

Terbaru, selepas tamat aksi kemenangan 3-1 menewaskan Aston Villa pagi tadi, Van Dijk sebenarnya sudah memberi bayangan yang Liverpool akan umumkan pemain terbaru mereka dalam masa terdekat ini.

Bercakap dalam temu bual selepas tamat perlawanan, Van Dijk menyatakan bahawa:

“Semoga saja pemain yang cedera boleh kembali dengan segera, dan semoga saja kita semua boleh meraikan pemain baru di kelab kita. Kita akan lihat nanti. Saya rasa kualiti seperti itu sentiasa dialu-alukan di Liverpool.”

Jelas Van Dijk selepas tamat perlawanan bertemu Aston Villa.

Apa yang menariknya, dua jam sahaja selepas Van Dijk mengeluarkan kenyataan tersebut, Liverpool terus mengumumkan kejayaan mereka menamatkan rundingan untuk membawa Gakpo ke Anfield.

Peminat segera mengaitkan Van Dijk sebagai individu penting sebalik kejayaan Liverpool mendapatkan khidmat Cody Gakpo.

Memandangkan Liverpool sedang berdepan krisis kecederaan pemain di posisi serangan, maka khidmat Gakpo tersangatlah ditagih oleh Jurgen Klopp.

Para peminat juga sangat berharap agar Gakpo akan mampu membantu Liverpool untuk kembali menjadi kuasa besar dalam saingan bola sepak Inggeris selepas skuad kendalian Jurgen Klopp itu melalui musim yang agak mendukacitakan pada musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN