Negeri Sembilan Hampir Pasti Tandatangani Khidmat Mahmoud Al-Mardi?

Kelibat pemain sayap kebangsaan Jordan, Mahmoud Al-Mardi berkemungkinan akan terus beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) pada musim hadapan, selepas ada beberapa kelab dikhabarkan mengintai khidmatnya.

Berdasarkan prestasi beliau yang sangat konsisten musim ini bersama Kedah Darul Aman (KDA), pastinya banyak kelab yang memasang impian untuk menandatangani beliau.

Al-Mardi sebelum itu sah tidak disambung kontrak bersama KDA, selepas kelab tersebut menggugurkan lima pemain import untuk saingan musim hadapan menerusi rombakan baharu.

Terbaharu, Negeri Sembilan dijangka bakal menandatangani khidmat Al-Mardi untuk saingan musim 2023 bagi memperkukuhkan serangan mereka.

Perkara ini dinyatakan sendiri menerusi wartawan The Star iaitu T. Avineshwaran menerusi Twitter beliau semalam dengan kelab tersebut berminat untuk mendapatkan Al-Mardi.

“Difahamkan Negri Sembilan telah menyatakan minat untuk menandatangani pemain sayap antarabangsa Jordan Mahmoud Al-Mardi,” jelas beliau menerusi Twitter.

Jika Negeri Sembilan berjaya mendapatkan Al-Mardi, ia akan menjadi nilai tambah yang sangat baik buat mereka terutama sekali dari segi kreativiti dan ketajaman di hadapan gol.

Musim ini menyaksikan Al-Mardi telah pun menyumbang lima gol serta tujuh bantuan jaringan daripada 12 perlawanan dihadapi dalam aksi Liga Super bersama KDA.

Al-Mardi yang menyertai KDA pada pertengahan musim ini sebelum itu tampil menyerlah dan terus disayangi penyokong Sang Kenari, selepas beliau cemerlang dalam saingan Piala AFC 2022.

Daripada 4 perlawanan dihadapi Al-Mardi dalam saingan Piala AFC, beliau telah pun menyumbang empat gol secara keseluruhan dan memberi impak besar untuk serangan KDA.

Al-Mardi juga menjadi salah seorang tonggak utama buat skuad kebangsaannya iaitu Jordan, dan beliau turut tersenarai dalam kesebelasan utama ketika menentang Sepanyol untuk aksi persahabatan sebelum Piala Dunia 2022 berlangsung.

Untuk Negeri Sembilan pula, musim ini mereka telah pun mendaftarkan tonggak dari Palestin iaitu Yashir Pinto di posisi serangan bagi slot pemain import kuota Asia.

Selain itu, pasukan ini masih lagi belum mengumumkan mengenai barisan pemain baharu mereka dan segala persiapan dibuat belum didedahkan secara langsung kepada para peminat.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN