Virgil van Dijk dilaporkan telah menggunakan taktik keji ketika beliau sedang dalam usahanya mahu menggagalkan Jarrod Bowen dari menjaringkan gol menerusi sudut sepakan penalti.
Pemain center back Liverpool itu dilihat merosakkan permukaan padang dengan menggunakan kaki kanannya sebelum Bowen mengambil sepakan penalti untuk West Ham bertemu Liverpool awal pagi tadi.
Tindakan bintang Belanda itu jelas sekali telah membuahkan hasil dengan Bowen gagal untuk menjaringkan gol dari sudut sepakan penalti tersebut.
Virgil Van Dijk league defeats at Anfield since he signed for Liverpool…
17-18 18-19 19-20 20-21 21-22 22-23
0 0 0 0 0 0It's just absolutely ridiculous at this point 👏 pic.twitter.com/Shrh7t6bh5
— The Anfield Wrap (@TheAnfieldWrap) October 19, 2022
Insiden tersebut berlaku beberapa minit sebelum tamat aksi babak pertama permainan, dalam perlawanan yang berlangsung di Anfield itu.
Jarrod Bowen yang telah berjaya menjaringkan 5 gol dari 15 penampilan untuk West Ham itu telah dikasari di dalam kotak penalti oleh Joe Gomez.
Insiden tersebut telah menyebabkan pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti kepada West Ham United.
Sebelum Bowen mengambil sepakan penalti tersebut, Van Dijk dilihat berdiri di kawasan penalti spot dengan kaki beliau menenyeh-nenyeh permukaan padang supaya ia dalam keadaan tidak rata.
Virgil Van Dijk appeared to scuff the penalty spot before Jarrod Bowen's saved penalty 👀 pic.twitter.com/36giOMV913
— SPORTbible (@sportbible) October 19, 2022
Alisson Becker cemerlang membaca dengan tepat arah sepakan Bowen dan menyelamatkan gawang gol Liverpool dari dibolosi.
Walau tindakan Van Dijk itu seolah-olah tidak menyumbang apa-apa kerana Alisson sendiri sudah berjaya membaca dengan tepat arah sepakan Bowen, namun tindakan beliau itu berjaya mencuri perhatian peminat.
Para peminat tertarik melihat cara keji Van Dijk itu dan mereka hangat membahaskan hal tersebut di media sosial.
Kemenangan bertemu West Ham United merupakan kemenangan ketiga Liverpool secara berturut-turut dari semua pertandingan.
👀 Virgil van Dijk scuffing the penalty spot before Bowen’s penalty
Thoughts on this? 🤔 #LIVWHU pic.twitter.com/Ogjz8B5a2Y
— talkSPORT (@talkSPORT) October 19, 2022
Selepas membelasah Rangers 7-1 dalam saingan Champions League, Liverpool berjaya meneruskan rentak kecemerlangan mereka dengan menewaskan Manchester City 1-0.
Walau sedang dibelenggu krisis kecederaan pemain, skuad The Reds cemerlang menewaskan West Ham United 1-0 di Anfield awal pagi tadi.
Liverpool kini mendaki ke kedudukan ketujuh dalam carta saingan liga dengan mengumpul 16 mata dari 10 perlawanan.
Para penyokong Liverpool jelas sekali sangat berharap agar anak-anak buah Jurgen Klopp itu akan mampu konsisten dan terus mencatat kemenangan demi kemenangan dalam usaha mereka mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas.