‘Gembira Dalam Risau’ – Klopp Bimbang Nunez Akan Ikut Diaz & Jota Cedera Panjang

Darwin Nunez

Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp jelas gembira dengan sumbangan yang diberikan oleh pemainnya iaitu Darwin Nunez dalam kemenangan The Reds menentang West Ham United.

Tandukan Nunez telah berjaya membuatkan Liverpool memperoleh tiga mata untuk terus mendaki tangga carta Premier League.

Ia juga menjadikan Nunez semakin tajam di depan gol dengan beliau berjaya menjaringkan gol pertamanya di Anfield.

“Beliau telah menjaringkan gol beberapa kali dalam beberapa perlawanan kebelakangan ini. Beliau telah tiba dengan 100% [bersedia] dan kini sudah mempunyai beberapa jaringan gol. Pada saya itu bagus.

“Ini adalah Premier League dan saya tak ingat mana-mana perlawanan yang mudah sepanjang tujuh tahun [di sini] dan beberapa hari ini perlawanan amat sukar termasuklah malam ini [semalam] tetapi kami bermain dengan baik,” kata Klopp.

Walaupun gembira dengan kemenangan dan persembahan Nunez, tetapi Klopp mengakui beliau risaukan akan kecergasan yang dihadapi pemain itu.

Hal ini kerana, Nunez menunjukkan yang beliau mengalami sedikit kecederaan dan Klopp tidak mahu penyerang itu menyertai Luis Diaz dan Diogo Jota dalam senarai pemain tercedera.

“Beliau ada rasa sedikit sakit di bahagian otot di separuh masa tetapi semuanya baik-baik saja selepas limit minit separuh masa kedua.

“Saya risaukan bila beliau memecut untuk tempoh lama dan meregangkan kakinya. Pada saya, kita tak boleh nak ambil risiko dan sebab itu kami gantikan beliau.

“Tetapi kita harus sedar yang West Ham adalah pasukan yang berasaskan situasi bola mati jadi kami perlukan pemain yang cukup untuk menghadapi situasi itu,” tegas Klopp.

Klopp semestinya tidak mahu kehilangan Nunez dalam misi untuk memperbaik prestasi Liverpool selepas ayam tambatan Diaz dan Jota terpaksa disisihkan.

Jota bakal terlepas Piala Dunia 2022 dan Diaz akan kembali beraksi pada tahun hadapan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN