Van De Beek Pilih Nombor 34 Di United Sebagai Penghormatan Kepada Abdelhak Nouri

Van de Beek Abdelhak Nouri United

Pemain baharu Manchester United, Donny van de Beek berkata beliau akan menyarung jersi nombor 34 di kelab baharunya sebagai penghormatan buat bekas rakan sepasukannya di Ajax Amsterdam, Abdelhak Nouri yang mengalami kecederaan otak.

Nouri menggunakan nombor tersebut ketika membuat penampilan pertama bersama skuad senior Ajax pada musim 2016/17 sebelum kariernya berakhir apabila mengalami serangan jantung dalam satu perlawanan persahabatan pra-musim menentang Werder Bremen di Austria pada Julai 2017.

“Ini adalah perkara yang istimewa buat saya demi sahabat karib saya, Abdelhak Nouri,” ujar Van de Beek yang menyertai United dengan kontrak selama lima tahun.

“Dia kena serangan jantung. Saya memang sangat rapat dengan keluarganya. Abangnya adalah salah seorang kawan rapat saya dan saya banyak berbual dengan mereka. Jadi saya mengambil keputusan untuk menggunakan nombornya pada jersi saya dan saya mahu mendapatkan memori indah bersama nombor ini.”

Seorang lagi bekas graduan akademi Ajax, Phillippe Sandler juga memilih nombor 34 selepas menyertai Manchester City pada 2018. Begitu juga dengan Amin Younes yang beraksi bersama Napoli dan Justin Kluivert di AS Roma, 

Ingatan Van de Beek terhadap Nouri tidak pernah lekang di mana beliau pernah memberi penghormatan kepada rakannya itu selepas menjaringkan gol pada minit ke-34 ketika menewaskan Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada tahun lepas.

Pada 2018, Ajax dilaporkan bersetuju untuk membayar kos rawatan seumur hidup pemain berkenaan yang bakal hilang keupayaan dan tidak mungkin dapat hidup tanpa bantuan kerana kecederaan otak yang dialaminya.

Kontroversi mengenai isu kesihatan Nouri timbul selepas Ajax dikatakan telah pun mengesan pemain itu mempunyai masalah jantung sejak 2014 selepas ianya terdapat dalam fail laporan perubatan kelab berkenaan.

Ajax kemudian menamatkan kontrak pemain tersebut pada Mac dan keluarga Nouri telah memfailkan saman ke atas kelab tersebut dan mendakwa pemain itu tidak mendapat bantuan yang sewajarnya dari pihak kelab dan juga kerana tidak mendedahkan keadaan sebenar kesihatannya.

Namun kini kedua-dua pihak kelab dan keluarga Nouri sedang berbincang mengenai pampasan yang akan diberikan kepada pemain itu.

Kredit Foto: Man Utd Transfer

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN