Valverde Tumbuk Muka Baena Di Kawasan ‘Parking’ Selepas Tamat Aksi Kekalahan Real Madrid Bertemu Villareal

Bintang Real Madrid, Federico Valverde dilaporkan telah menumbuk muka pemain Villareal, Alejandro Baena selepas tamat aksi pertemuan antara kedua-dua pasukan itu di Santiago Bernabeu awal pagi tadi.

Real Madrid terpaksa akur tewas 3-2 di tangan Villareal di halaman mereka sendiri dalam aksi saingan La Liga.

Bukan hanya perlawanan itu sahaja yang sengit dan menarik, namun turut berlaku satu insiden panas selepas tamat perlawanan itu yang mana bintang Real Madrid, Federico Valverde dilaporkan telah menumbuk muka Alex Baena di kawasan parking.

Ya, Valverde telah menumbuk muka Baena di kawasan parking dan hal tersebut dikatakan kini sudah melibatkan pihak polis.

Pihak Villareal telah melaporkan hal tersebut kepada pihak polis kerana mereka mempunyai bukti yang membuktikan bahawa Valverde menyerang Baena dan menumbuk muka pemain midfield itu.

Namun apa sebenarnya yang berlaku? adakah Valverde menumbuk muka Baena kerana kecewa Real Madrid kalah?

Alasan mengapa Valverde menumbuk muka Baena

Alasan sebenar mengapa bintang Uruguay itu hingga nekad menumbuk muka pemain kebangsaan Sepanyol itu adalah kerana Baena memprovokasi Valverde dengan menyebut tentang mendiang anaknya.

Selepas berjaya melakukan tackle ke atas Valverde, Baena dikatakan telah mengeluarkan kata-kata yang benar-benar mengganggu emosi bintang Real Madrid itu.

“Menangislah sekarang kerana anak kau tak akan lahir.”

Itulah yang dikatakan oleh Baena kepada Valverde ketika kedua-dua mereka sedang beraksi dalam perlawanan tersebut.

Bintang Real Madrid itu benar-benar terganggu dengan kata-kata tersebut dengan beliau kemudiannya menunggu Baena di kawasan parking bas selepas tamat perlawanan.

Sebaik bertemu, Valverde terus menyuruh Baena mengulang semula apa yang beliau katakan tentang anaknya sambil penumbuknya terus singgah ke muka bintang Villareal itu.

Ada juga laporan yang menyatakan bahawa Baena sudah mengatakan hal itu sebelum ini lagi dan ketika mereka beraksi hari ini, beliau bermain lagi dengan isu tersebut untuk memancing emosi Valverde.

Jelas sekali Valverde berhak untuk beremosi kerana beliau sangat kecewa dan berduka ketika isterinya keguguran pada Februari yang lalu.

Dan jika dakwaan itu benar, maka Baena juga patut dihukum kerana beliau terlalu berlebih-lebihan dalam memprovokasi pemain lawan.

Laporan terbaru dari media Sepanyol ada menyatakan yang Villareal tidak akan memfailkan sebarang aduan atas insiden tersebut walau mereka mempunyai bukti Valverde menyerang Baena.

Mata Baena dilihat lebam gara-gara ditumbuk oleh Valverde dan semoga saja beliau insaf jika beliau memang ada menyebut tentang mendiang anak bintang Uruguay itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN