Pengurus Barcelona, Ernesto Valverde hairan dengan soalan wartawan yang bertanya adakah Barcelona gentar dengan Real Madrid – selepas Los Blancos kini naik ke tangga ke-2 dalam carta liga.
Real Madrid mengurangkan defisit mata kepada 10 mata sahaja daripada Barcelona. Dan Real juga berjaya memintas Atletico Madrid.
Valverde dengan tegas berkata: “Nak takut? Kenapa? Kami sentiasa ada seteru [persaingan kejuaraan liga] yang sama iaitu Real Madrid, Atletico. Namun kami tak takut langsung walaupun mereka semakin merapatkan jurang mata dengan kami – kerana kami berada di puncak liga.”
Tambah Valverde lagi, tumpuan utama mereka buat masa ini adalah Real Valladolid. Ini kerana keputusan yang positif akan membantu Barcelona memberikan fokus kepada beberapa perlawanan lain yang akan menyusul selepas ini terutama sekali 2 perlawanan El clasico.
Selepas aksi menentang Valladolid, Barca akan berhadapan dengan Lyon (Champions League), Sevilla (La Liga), Real Madrid (Copa del Rey) dan Real Madrid sekali lagi (La Liga).
Dalam perkembangan yang lain. Valverde dilanjutkan kontrak setahun lagi sehingga 2020 oleh Barcelona. Klausa pengaktifan setahun itu adalah salah satu opsyen dalam kontrak beliau yang ditandatangani pada 2017. Buat masa ini Valverde masih berharap dapat memeterai kontrak lebih panjang.
Pada musim debut beliau – Valverde membantu Barcelona menjuarai La Liga Dan Copa del Rey. Namun beliau dikritik teruk selepas Barcelonar disingkirkan oleh AS Roma pada UCL – di suku akhir – dalam aksi kedua yang dramatik di Rom – menerusi peraturan gol di tempat lawan. Ketika itu Barcelona ada kelebihan 3 gol agregate.