Valencia Minta Maaf Ter’like’ Status Instagram Minta Mourinho Tinggalkan Man. United

Kapten Manchester United, Antonio Valencia telak menekan butang suka untuk satu hantaran instagram lama peminat yang menggunakan gambarnya.

Dalam hantaran itu, penulis meminta Mourinho meninggalkan Old Trafford.

Antonio Valencia kemudiannya meminta maaf kerana tak membaca habis hantaran itu. Dia menekan ‘like’ tanpa sedar ada baris ayat, ‘sudah tiba masanya Mourinho berambus.’

Valencia yang menyedari akan kesilapannya terus membuat kenyataan maaf dengan berkata:

“Semalam saya membuka instagram tanpa membaca teks yang disertakan di dalam gambar tersebut.”

“Ianya tidak mewakili pendirian saya, saya nak minta maaf. Saya menyokong sepenuhnya pengurus dan rakan sepasukan saya. Kami akan memberikan segalanya untuk memperbaiki keputusan.”

Valencia menyertai Man. United dari Wigan pada 2009. Beliau tidak beraksi dalam 2 perlawanan sebelum ini untuk memberikan peluang kepada Dalot.

Semalam Man. United mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan dengan Valencia dan ianya adalah perlawanan ke-4 mereka tak menang secara berturut-turut.

Man. United masih belum mencipta sebarang kemenangan di halaman sendiri sejak pembukaan musim ini.

Wartawan cuba mendapatkan pandangan rakan sepasukan Valencia Paul Pogba selepas seri tersebut. Namun pemain kebangsaan Perancis itu enggan memberikan pandangannya. Pogba berkata:

“Saya sudah diberitahu yang saya tak dibenarkan untuk bercakap.”

Sebelum ini Pogba memberikan pandangan beliau kepada taktikal Mourinho yang defensif. Ia membawa kepada kontroversi minggu lalu.

Fellaini pula menepis dakwaan yang bilik persalinan Man. United sedang berantakan. Menurut beliau, semua pemain berdiri di belakang pengurus.

“Semua orang sedang berada di haluan yang sama dan cuba memperbaiki pasukan untuk menjadi lebih baik.”

Sebelum ini Willian pernah memuat naik gambar kontroversi dengan menutup wajah Conte dengan emoji piala. Namun Willian menyatakan itu kerja anaknya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN