Analisis Taktikal: Man. United Dan Valencia Kurang Kreativiti Di Final Third

Manchester United seri tanpa jaringan dengan Valencia dalam perlawanan kedua UCL. Ini membuatkan mereka kini sudah 7 minggu tanpa sebarang kemenangan di Old Trafford.

Manchester United bermula dengan intensif

Dalam perlawanan ini, Man. United bermula agak baik. Mereka bermain dengan intensiti yang agak tinggi.

Alexis Sanchez banyak terlibat dalam gerakan. Namun agak malang, penyakit hilang bola pada dia tu dah seperti melekat padanya.

Pengulas perlawanan menyatakan yang Manchester United mungkin tersilap ‘sign’ orang, mereka menandatangani abang Sanchez.

Jelas sekali pemain ini perlu bangkit segera kerana pasukan ini memerlukannya.

Manchester United jelas memperbaiki aspek aliran bola mereka pada awal perlawanan dengan menggerakkan bola dengan lebih cepat.

Ketumpulan dan isu kreativiti

2 pasukan ini bermasalah dengan isu penyerang yang tumpul di hadapan gol.

Manchester United mencipta beberapa peluang namun tidak mampu untuk menyudahkannya. Sekali lagi mata terarah kepada Lukaku yang tidak beraksi dengan baik seperti mana Lukaku di Belgium.

Seperti yang saya katakan di atas, Manchester United bermula baik pada separuh masa pertama. Namun apabila sampai ke final third, mereka sangat menghampakan.

Isu kreativiti dan permainan kombinasi yang lebih variasi kurang pada pasukan Man. United.

Beberapa kali pemain seperti Rashford melakukan percubaan daripada luar kotak penalti kerana kurang kreativiti dan usaha untuk bermain secara kombinasi.

Isu yang sama pada Valencia. Tiada kesabaran untuk bermain secara unit dengan lebih banyak untuk mencipta ruang dan peluang.

Apabila hal ini berlaku, permainan yang mereka bentuk dari belakang menjadi sia-sia dan orang akan berkata ianya membosankan kerana tiada penyudah.

Kedua-dua pasukan kurang idea di final third terutama sekali apabila berhadapan dengan pertahanan dan penjaga gol yang beraksi baik.

Mourinho mengeluarkan Sanchez dan memasukkan Martial. Sanchez yang awalnya beraksi baik, berhadapan dengan isu graf persembahan mendatar ataupun semakin menurun.

Corak permainan dan cara Man. United mencipta peluang terlalu mudah dijangka iaitu dengan hantaran lintang. Mereka tidak ada banyak variasi.

Kemasukan Martial tidak banyak memberikan impak kerana pemain ini terlalu individualistik. Lebih kepada impak sebagai ‘fresh leg’.

Anda bayangkan Manchester United ada 18 percubaan ke arah gol dan hanya 4 percubaan tepat.

Manakala Valencia ada 4 percubaan gol dan cuma ada 1 percubaan tepat.

Secara terkumpul anda menyaksikan perlawanan yang cuma ada 5 percubaan tepat. Itu yang membuatkan perlawanan ini didefinisikan sebagai menghampakan.

Valencia ada momen untuk kejutkan Man. United

Sebelum ini Pogba menyatakan, sesiapa sahaja datang ke Old Trafford kini sudah tak gentar dengan Man. United.

Valencia juga memiliki keberanian untuk menyerang bermain terbuka dengan Man. United.

Mereka memanipulasi ruang di belakang Antonio Valencia yang kerap naik terlalu tinggi namun tidak ada perlindungan yang baik ketika beliau menyerang.

Fellaini tidak berada dalam prestasi terbaik ketika bertahan. Guedes antara pemain yang banyak menjelmakan ancaman yang bahaya daripada arah tersebut.

Isu serangan Valencia

Pada separuh masa kedua, Valencia kelihatan lebih selesa untuk membawa 1 mata berbanding dengan mencuba lebih lagi untuk 3 mata.

Isu utama Valencia adalah sokongan daripada belakang Bathsuayi ataupun isu ‘depth support’. Mereka terlalu fokus kepada sokongan daripada bahagian sayap.

Apabila ini berlaku, Batshuayi sukar untuk bermain linking up, kerana dia tak ada pemain yang menyokongnya daripada belakang dengan efektif.

Valencia ternyata berjaya mengimbangi perlawanan ini. Mereka ada 50% penguasaan bola pada separuh masa pertama dan 48% pada separuh masa kedua. Tapi itulah isu mereka sama macam Man. United, apabila sampai ke final third mereka tumpul dan tidak cukup berkesan.

Rumusan

Pertarungan ini adalah pertarungan 2 pasukan yang tersekat di tengah. Di situlah kawasan pertarungan mereka. Apabila sampai ke zon serangan kedua-dua pasukan jadi buntu.

Manchester United jelas cuba memperbaiki aspek intensiti pada awal perlawanan namun ianya jadi hambar apabila tidak ada penyudah.

Valencia tidak cukup optimis untuk mendapatkan kemenangan dalam perlawanan ini.

Pemain terbaik pilihan semuanyaBOLA

Ezequile Garay (Valencia)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN