Valencia Bina Patung Khas Untuk Memperingati Penyokong Istimewa

Valencia telah membuat satu patung khas bagi memperingati salah seorang pemegang tiket bermusim yang istimewa mereka di Mestalla.

Pemegang tiket tersebut bernama Vicente Aparacio – telah pun meninggal dunia 2 tahun yang lalu. Mendiang merupakan penyokong setia Valencia. Datang ke setiap perlawanan Valencia di Mestalla.

Namun begitu, pada usia 50 tahun, mendiang Vicente telah kehilangan upaya pada penglihatannya.

Walaupun tidak dapat melihat, mendiang tetap melanggan pas bermusim kelab Valencia seperti biasa. Dan menikmati perlawanan dengan mendengar dan merasai bunyi atmosfera di stadium.

Mendiang Vicente Aparacio telah datang ke Mestalla dalam keadaan buta untuk lebih 40 tahun. Kerana menurutnya, hanya Mestalla tempat untuk menyaksikan Valencia beraksi.

Selepas meninggal dunia, Valencia telah memutuskan untuk memberikan satu penghargaan khas kepada mendiang. Dan akhirnya kelab memutuskan untuk membina tugu peringatan berupa patung yang mewakili mendiang.

Patung itu ditempatkan di tempat duduk yang menjadi tempat duduk mendiang sepanjang hayatnya sebagai penyokong Valencia.

Valencia menyatakan tindakan itu diambil untuk membolehkan mendiang Vicente Aparacio ‘menikmati’ perlawanan di Mestalla untuk selama-lamanya.

Tindakan Valencia itu telah menyentuh hati ramai pihak. Mereka melabel tindakan itu adalah bukti sebenar bahawa kelab bola sepak adalah milik penyokong secara tidak langsung.

https://twitter.com/OfficialHomar/status/1135535757492404229

Valencia cemerlang musim ini dengan mara ke separuh akhir UEL serta berjaya menjulang Copa Del Rey.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN