Juventus Mulakan Perbincangan Untuk Bawa Balik Paul Pogba Ke Turin

Menurut koresponden Sky Sports Itali – Fabrizio Romano menyatakan bahawa: Juventus mahu membawa balik Paul Pogba ke Turin.

Juventus sudah menghubungi Manchester United dan Mino Raiola bagi membincangkan perpindahan tersebut dan berharap ianya dapat dimeterai pada pra musim kali ini.

Namun begitu, Fabrizio Romano mendedahkan Man. United masih belum memberikan respon dan Juventus baru membuat panggilan yang pertama.

Ole Gunnar Solskjaer sebelum ini meletakkan Paul Pogba antara pemain yang berada dalam senarai bukan untuk dijual. Ini kerana Solskjaer mahu membina pasukan berasaskan Paul Pogba.

Pada 2012, Pogba menyertai Juventus dari Manchester United untuk mendapatkan lebih minit perlawanan dengan pasukan utama.

4 tahun selepas itu, Man. United memecahkan rekod perpindahan dunia dengan membayar £89 juta untuk Pogba. Ini menjadikan Pogba sebagai pemain pertama berharga €100 juta.

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 09: Paul Pogba of Manchester United and Juan Mata of Manchester United speak to Marcos Rojo of Manchester United and Fred of Manchester United during the Manchester United training session ahead of the UEFA Champions League Quarter Final First Leg match between Manchester United v FC Barcelona at Aon Training Complex on April 09, 2019 in Manchester, England. (Photo by Nathan Stirk/Getty Images)

Patrice Evra sebelum ini memberitahu Gary Neville di Sky Sports bahawa Pogba mungkin akan meninggalkan United sekiranya beliau merasakan dirinya tidak cukup disayangi di Old Trafford.

Ini kerana ramai penyokong Man. United mengkritik aksi Pogba yang tidak konsisten. Selain itu beberapa pundit yang merupakan legenda United seperti Roy Keane dan Paul Scholes antara yang kerap mengecam Pogba.

Kontrak semasa Pogba masih berbaki 2 tahun. Namun Man. United ada opsyen untuk mengaktifkan lanjutan setahun lagi.

Selain daripada Juventus, Paul Pogba turut dikaitkan dengan perpindahan ke Real Madrid. Pada musim lalu Pogba pernah melabel Real Madrid sebagai kelab impian semua pemain.

Ianya telah membuatkan Jose Mourinho bengang dan menyisihkan Pogba dalam beberapa perlawanan.

Selain daripada cuba mendapatkan Pogba, Juventus juga sedang dalam usaha mencari pengurus baharu kelab mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN