Usmon Toshev Anggap Perlawanan Menentang Malaysia Berbaloi

Ketua Jurulatih Tajikistan, Usmon Toshev menganggap pertemuan menentang Malaysia dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada malam tadi sebagai berbaloi, walaupun pasukan bimbingannya itu tewas.

Skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe menewaskan Tajikistan 1-0 hasil jaringan tunggal Safawi Rasid pada minit ke-72 perlawanan.

Foto: FAM

Mengulas perlawanan tersebut, Toshec dipetik sebagai berkata: “Ia sangat bagus sebagai persiapan akhir menentang Myanmar di perlawanan kelayakan Piala Dunia2022/Piala Asia 2023 nanti.

“Kami beraksi dengan baik pada babak pertama perlawanan, dan pemain mengambil inisiatif mencipta beberapa peluang baik untuk menjaringkan gol.

“Kad merah pada awal babak kedua merencatkan pelan kami. Kami terpaksa mengeluarkan penyerang Manouchehr Jalilov.

“Namun walaupun beraksi dengan 10 pemain, pemain masih mampu menghasilkan peluang di hadapan gol lawan.

“Tidak ada apa yang perlu dirisaukan mengenai kekalahan kepada Malaysia. Perlawanan persahabatan sememangnya untuk menguji barisan pemain sedia ada.

“Anda harus tahu ianya tidak mudah beraksi dengan keadaan cuaca di sini. Kami akan merancang bagaimana untuk bermain dengan Myanmar pada 14 November nanti.”

Selain daripada Myanmar, skuad Tajikistan turut akan berhadapan Republic Kyrgyz, juga di tempat lawan pada 19 November hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN