Enam tahun lalu hantaran emasnya kepada Mario Gotze telah menghadiahkan kejuaraan Piala Dunia buat Jerman. Tetapi siapa sangka, hari ini Andre Schurrle bukan lagi seorang pemain bola sepak profesional setelah mengambil keputusan untuk menggantung but pada usia 29 tahun.
Pengumuman itu dibuat hanya sehari selepas beliau mencapai persetujuan bersama dengan Borussia Dortmund yang menamatkan kontraknya setahun lebih awal.
Keputusan itu bermaksud, kedua-dua pemain, Schurrle dan Gotze yang terlibat dengan jaringan gol kemenangan pada malam perlawanan akhir Piala Dunia 2014 di Stadium Maracana Brazil telah meninggalkan Signal Iduna Park pada musim panas ini.
'Saya Tak Mampu Jadi Seperti Dulu Lagi' – Apa Punca Kejatuhan Mario Gotze? https://t.co/YwCbFVT6fH pic.twitter.com/rPLPDBZ96O
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 1, 2020
Memulakan karier profesionalnya di Mainz pada usia 18 tahun, dua tahun kemudian beliau menyertai Bayer Leverkuson sebelum dipancing oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea yang menandatanganinya dengan harga kira-kira £18 juta (RM96.4 juta) pada 2013.
Ketika bersama Chelsea sehingga 2015, beliau merupakan bintang utama di Stamford Bridge sehinggakan pemain-pemain muda lain seperti Kevin de Bruyne dan Mohamed Salah lebih kerap diletakkan di bangku simpanan.
Musim pertamanya di bawah bimbingan Jose Mourinho menyaksikan beliau menjaringkan sembilan gol termasuk mencatat hatrik ketika berdepan Fulham dan sekaligus membantu pasukannya menjuarai EPL.
https://twitter.com/LampardsLegacy/status/1284115014241009665?s=20
Kemuncaknya tentulah apabila beliau membantu skuad kebangsaan negaranya meraih kejuaraan dunia buat kali keempat dan semua pihak menjangkakann Schurrle bakal menjadi salah seorang pemain terbaik dunia dalam masa beberapa tahun.
Ayam menjadi punca kejatuhan?
Ketika tugasan antarabangsa bersama Jerman pada Oktober 2014 di Poland, beliau mendakwa telah mengalami keracunan makanan yang menjadi punca kepada perubahan dietnya.
“Saya makan ayam dan kemudian mengalami keracunan makanan. Saya terpaksa berehat sehingga tiga minggu,” kata Schurrle.
Akibatnya sejak kejadian tersebut, Schurle menjadi ‘trauma’ untuk makan ayam dan mengalami penurunan berat badan sehingga lima kilogram kerana diet pemakanannya hampir seperti seorang ‘vegan’. Beliau bergelut untuk kembali mendapatkan berat badan yang ideal.
Andre Schurrle: 'A dodgy piece of chicken ended my Chelsea career' https://t.co/u6tYcd6uiR pic.twitter.com/H47THOSvPJ
— EDAFE MATTHEW ESEOGHENE (@ELEGBETE1) December 1, 2018
“Saya tidak mendapat peluang untuk membuktikan saya boleh kembali pulih 100 peratus. Sejak dari itu saya tidak pernah lagi makan ayam.”
Beberapa bulan kemudian, beliau telah membuat kejutan dengan menyertai Wolfsburg pada Januari 2015. Menjaringkan 10 gol serta memenangi DFB-Pokal dan Piala Super DFB dalam musim pertamanya, ia telah menarik minat beberapa kelab besar Eropah untuk mendapatkannya.
Zaman gelap bermula
Hanya selepas satu setengah musim di Wolfsburg, Schurrle kemudian menyertai Borussia Dortmund pada 2016 dengan rekod perpindahan kelab. Malangnya, beliau tidak pernah menjadi pilihan utama buat pasukan tersebut dan gagal memenuhi jangkaan yang diharapkan.
Dengan erti kata mudah, kariernya di Dortmund adalah satu kegagalan besar dan tidak menghasilkan sebarang impak. Malah beliau sering menjadi bahan kecaman penyokong.
“Kami akan terus ‘minum’ sehingga dia menjaringkan gol.”
– Not even 30 yet
— BoyleSports (@BoyleSports) July 17, 2020
– World Cup winner in 2014
– A year left on Dortmund contract
Former Chelsea and Fulham forward André Schürrle has announced his retirement 😲 pic.twitter.com/SHyM9sRKCc
Ia mendorong pinjamannya ke Fulham pada Julai 2018, tetapi enam gol dalam 24 penampilan tidak dapat membantu pasukannya mengelak penyingkiran dari EPL.
Kemudian sekali lagi dipinjamkan ke Spartak Moscow, tetapi sekali lagi berdepan dengan musim yang penuh kegagalan dan kelab tersebut sekadar bergelut di kedudukan pertengahan Liga Perdana Rusia.
“Saya mahu memaklumkan kepada semua yang saya kini tidak akan bermain bola sepak profesional lagi,” ciap Schurrle dalam akaun Twitter.
“Mewakili diri dan keluarga, saya mahu berterima kasih kepada semua pihak yang menjadi sebahagian daripada karier saya dalam beberapa tahun yang menakjubkan ini.
Sad to hear André Schürrle has retired from football. Thanks for all emotions and experience you gave to us this season!
— FC Spartak Moscow (@fcsm_eng) July 17, 2020
You’ll always be welcomed in Moscow anytime soon, @Andre_Schuerrle ❤️ pic.twitter.com/06CQjYWFOZ
“Sokongan dan kasih sayang yang dikongsi bersama saya sangat luar biasa dan tak mampu saya membalasnya. Kini saya bersedia dan terbuka untuk menghadapi apa sahaja kemungkinan yang perlu saya hadapi pada masa akan datang.”
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Andre Schurrle: