Karier Berakhir Pra-Matang, Usain Bolt Bersara Dari Bola Sepak

Raja lari pecut dunia, Usain Bolt yang memilih untuk mencuba nasib dalam bola sepak kini telah membuat keputusan untuk bersara dari sukan ini.

Menurut laman BBC Sport, pemegang rekod dunia dalam acara pecut 100 & 200 meter itu memilih untuk menamatkan pengembaraan beliau dalam dunia bola sepak selepas gagal mendapatkan kontrak profesional.

Kini, Bolt memilih untuk meletakkan fokusnya dalam bidang lain iaitu hal-hal komersial dan tidak lagi kembali ke balapan.

“Ianya seronok sementara ia masih lagi ada.”

“Saya tak mahu katakan ianya tidak diuruskan dengan baik, tetapi ianya menuju ke arah yang tidak seperti yang dimahukan.”

Bolt sebelum ini berlatih dengan beberapa pasukan seperti Borussia Dortmund, Stromsgodset dari Norway dan juga Central Coast Marines yang merupakan pasukan Australia.

Beliau begitu hampir untuk mendapatkan kontrak bersama gergasi Australia itu selepas berjaya memberikan aksi yang baik dalam aksi persahabatan.

Namun begitu, kesukaran Central Coast Marines untuk menepati permintaan gajinya itu membuatkan semuanya berakhir.

SYDNEY, AUSTRALIA – OCTOBER 12: Usain Bolt of the Mariners controls the ball during the pre-season friendly match between the Central Coast Mariners and Macarthur South West United at Campbelltown Sports Stadium on October 12, 2018 in Sydney, Australia. (Photo by Matt King/Getty Images)

Sebelum itu, ada kelab dari negara Malta iaitu Valletta turut mahukan beliau. Namun atas alasan yang sama, persetujuan tidak dapat ditemukan.

“Kita nikmatinya dan belajar darinya. Ianya merupakan satu pengalaman yang baik dan saya cukup nikmati saat saya bersama berada di dalam pasukan.”

“Saya kini beralih ke hal yang lain pula. Saya ada banyak perkara nak diuruskan jadi saya akan sertai dalam semua itu dan cuba menjadi ahli perniagaan pula.”

Bolt memenangi 8 pingat emas Olimpik sepanjang karier beliau dalam bidang olahraga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN