RASMI: PKNP FC Dapatkan Penyerang Kebangsaan Palestin Yashir Pinto

Kini beliau kembali ke Liga Malaysia.

Pasukan PKNP FC melengkapkan perpindahan bagi penyerang yang beraksi untuk pasukan kebangsaan Palestin iaitu Yashir Pinto.

Pinto yang merupakan bekas pemain Perak satu ketika dahulu kini kembali untuk menyertai PKNP FC di Manjung dalam usaha mereka memberikan saingan dalam Liga Super musim ini.

Beliau yang hadir sebagai pemain import ketiga pasukan tersebut berpindah ke PKNP FC selepas beraksi untuk pasukan Cuquimbo Unido di Chile selama 1 musim.

Pinto diperkenalkan dalam satu majlis ringkas dan ianya disiarkan di laman sosial PKNP FC.

Menurut laman PKNP FC, Pinto akan menyarung jersi nombor 10 selepas ianya tertulis, “our new number 10.”

Pemain berusia 27 tahun itu mempunyai pengalaman beraksi di Malaysia sebelum ini bersama-sama dengan Melaka United dan juga Perak.

Beliau menjaringkan 5 gol dalam 20 penampilan bersama-sama Perak ketika mewakili pasukan tersebut pada musim 2017.

Pinto mempunyai pelbagai pengalaman beraksi di bermacam negara dalam kariernya.

Amerika Syarikat, Jerman dan juga negara kelahirannya iaitu Chile merupakan antara negara yang pernah menyaksikan kelibat beliau di atas padang.

Di peringkat antarabangsa, beliau memilih Palestin sebagai negaranya walaupun dilahirkan di Santiago de Chile.

Bersama pasukan kebangsaan Palestin, Pinto melakukan 13 penampilan bersama negaranya dan juga menyumbang 6 gol.

PKNP FC kini mempunyai 2 lagi kekosongan untuk pemain import namun begitu belum lagi ada perkhabaran dari pasukan itu untuk kehadiran muka baharu dari luar negara.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN