Pemenang lapan pingat emas Olimpik, Usain Bolt membuat kejutan apabila memilih untuk berkelana ke Australia bagi mengembangkan karier bola sepaknya.
Ejen beliau, Tony Rallis mengesahkan jaguh pecut dunia itu semakin hampir beraksi dalam saingan bola sepak A-League (Australia) selepas ‘secara prinsipnya’ mencapai persetujuan bersama kelab Central Coast Mariners.
Beliau berkata, pelari pecut berusia 31 tahun itu sudah menetapkan untuk berkelana selama enam minggu di Australia yang bermula bulan depan dengan kontraknya boleh bertukar menjadi perjanjian jangka panjang.
https://twitter.com/wrongdorey/status/1018832740492300290
“Perjanjian antara Mariners dan Usain Bolt secara prinsipnya sudah dipersetujui, tertakluk kepada beberapa perjanjian yang perlu dipenuhi,” kata Rallis kepada stesen radio Big Sport Breakfast.
Bagaimanapun, Rallis berkata perjanjian itu bergantung sepenuhnya terhadap prestasi Bolt sepanjang enam minggu tempoh percubaan dan tajaan sokongan (Persekutuan Bolasepak Australia (FFA).
Di bawah peraturan A-League, kelab boleh menandatangani dua pemain ‘bintang’ dengan gajinya dibenarkan untuk lebih tinggi daripada apa yang ditetapkan.
“Dia akan mencipta impian baharu untuk pemain muda dan bakal memberi impak positif kepada A-League yang mana tidak boleh dibeli dengan wang. A-League memerlukan seorang wira dan kami sudah mendapatkan Superman.”
Apparently over in Australia A-League side Central Coast Mariners have given Usain Bolt a 6 week trial with a view for a 1 year deal!
Would love to see it happen but I swear this is like the 5th team he's been on trial at. pic.twitter.com/WO1HCFtGCv
— Footy Accumulators (@FootyAccums) July 16, 2018
Berita mengejutkan itu diumumkan hanya selepas menyaksikan kempen A-League musim ini mengalami kejatuhan mendadak dari segi kehadiran penyokong dan rating televisyen.
Difahamkan beberapa kelab dari Australia turut berminat untuk mendapatkan Bolt sebagai pemain percubaan, tetapi tawaran Mariners dilihat paling konkrit.
Bolt sebelum ini tanpa berselindung menyatakan hasrat untuk menjadi pemain bola sepak profesional, dan sudah menjalani sesi percubaan bersama pasukan Bundesliga, Borussia Dortmund dan Stromsgodset (Norway) sejak bersara daripada arena olahraga.