Cristiano Ronaldo Akui Tidak Ada Permusuhan Antara Beliau & Lionel Messi

Untuk bertahun lamanya, pemain Juventus Cristiano Ronaldo sering dikaitkan dengan permusuhan bersama pemain Barcelona – Lionel Messi.

Perkara itu semakin menjadi-jadi sewaktu Ronaldo menyarung jersi Real Madrid. Mana tidaknya, kena pula 2 pemain terbaik dunia bermain untuk dua musuh tradisi bola sepak Sepanyol.

perlawanan akhir
Lionel Messi & Cristiano Ronaldo merupakan pemenang 2 kali anugerah ini.

Walaupun telah pun berpindah ke Juventus, subjek mengenai Messi tetap masih bersama bayang-bayang Ronaldo.

Beliau ditanya sama ada beliau mengambil berat hal permusuhan antara beliau dengan pemain lain terutamanya Messi.

Kata Ronaldo, permusuhan bersama pemain lain itu bukanlah satu perkara yang menjadi keutamaan beliau.

“Saya tidak ada sebarang permusuhan dengan mana-mana pemain.”

“Saya tidak pernah ada sebarang permusuhan dengan mana-mana pemain. Itu bukanlah etika saya sebagai seorang pemain.”

Menurut Ronaldo, beliau dan Juventus tidak menggangap terdapat permusuhan dari mana-mana pasukan di Serie A.

Sebaliknya, ianya adalah sekadar pasukan-pasukan tersebut mahu memberikan persaingan yang sengit kepada mereka.

“Juventus akan berusaha untuk menang segala perlawanan yang ada seperti biasa.”

“Kami menganggap tiada permusuhan antara kami dengan kelab lain di Serie A.”

“Akan ada ramai pemain-pemain terbaik dari pasukan seperti Napoli dan juga AC Milan akan cuba untuk mempertahankan warna yang diwakili mereka.”

“Dari situ kita akan lihat siapakah yang terbaik di antara yang terbaik.”

Ronaldo menyertai Juventus dengan kontrak selama 4 tahun selepas 9 tahun menyertai Real Madrid.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN