Usaha Keras ‘Hidupkan Semula’ Karier Zamir Selamat

Zamir Selamat

Sentiasa percaya pada diri sendiri dan tidak pernah berputus asa menjadi kata-kata azimat kepada penjaga gol berpengalaman, Zamir Selamat yang kini boleh tersenyum apabila melihat kariernya kembali bernafas selepas lalui tempoh suram pada musim lalu.

Gagal menyertai mana-mana pasukan dari Liga Super atau Liga Premier pada awal musim, Zamir terpaksa bermula daripada bawah apabila menyertai kelab Liga M3, Batu Dua FC, bagi membina semula kariernya.

Melalui prestasi hebatnya bersama Pulau Pinang selepas sertai skuad Harimau Kumbang itu pada pertengahan musim 2019, Zamir menjadi buruan banyak pasukan termasuk dari Liga Super namun memilih menyarung jersi negeri kelahirannya, Kuala Lumpur.

Zamir berharap apa yang dilaluinya mampu menjadi inspirasi terutama kepada kebanyakan pemain lain yang mungkin bergelut mendapatkan pasukan baharu agar jangan sama sekali malu memulakan karier daripada liga bawahan jika itu yang diperlukan dalam membina semula perjalanan karier.

“ Memang dugaan pada awal tahun lalu terlalu perit apabila saya satu ketika tiada pasukan namun saya bangkit balik serta berusaha apabila bermain di Liga M3 bersama Batu Dua FC.

“ Namun berkat saya berusaha, pada pintu perpindahan kedua saya telah mendapat kepercayaan Pulau Pinang, saya gunakan peluang itu sebaik mungkin dan kini kembali ke Kuala Lumpur.

“ Apa jadi kepada saya ini diharapkan bukan sekadar menjadi satu iktibar kepada diri saya namun kepada sesiapa sahaja yang mungkin sebaya saya atau pemain-pemain yang baharu hendak naik.

“ Turun dan naik dalam karier adalah perkara biasa tetapi apa lebih penting apa yang kita perlu lakukan ketika sedang berada dalam penurunan karier bagi mendapatkan semula tempat yang kita pernah berada.

“ Saya harap kisah saya akan beri semangat kepada rakan-rakan di luar pada tahun ini yang dikhabarkan sedang hadapi masalah sama dan saya doakan mereka sama sekali tidak akan berputus asa, ” katanya.

Zamir menjadi anggota baharu skuad warga kota dan dijangka diberi saingan oleh Khatul Anuar Md. Jalil bagi posisi nombor satu penjaga gol Kuala Lumpur.

Dia merupakan bekas penjaga gol Harimau Muda dan pernah beraksi dengan banyak pasukan utama seperti Johor Darul Ta’zim, PKNS, Perak dan Melaka.

“ Saya akui dapat banyak tawaran namun dalam meneliti sesebuah pasukan, saya mahu lihat apakah matlamat pasukan itu dalam hadapi musim baharu.

“ Sebab itu saya memilih ke Kuala Lumpur pada musim ini kerana saya lihat matlamat pengurusan pasukan ini amat jelas bagi hadapi musim 2020 iaitu mahu kembali ke Liga Super, ” katanya.

Kredit foto: Kuala Lumpur Hawks

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN