Kuala Terengganu Rovers Bakal Bersaing Dalam Saingan Liga M3

Share on facebook
Share on twitter
Share on telegram
Share on whatsapp
Share on email
Kuala Terengganu Rovers

Selepas kehadiran beberapa pasukan komuniti di Terengganu yang begitu mencuri tumpuan, giliran sebuah lagi kelab akan menemui peminat bola sepak tempatan.

Kelab yang dimaksudkan ialah Kuala Terengganu Rovers apabila dijenamakan semula daripada Banggol Tokku FC (BTK FC).

Ia sekaligus menyaksikan pasukan itu akan mengisi slot dalam saingan Liga M3 dan Piala FA 2020.

Kehadiran Kuala Terengganu Rovers pastinya mampu untuk menarik sokongan serta merintis penglibatan yang lebih menggalakkan daripada komuniti sekitar daerah Kuala Terengganu.

Laman Facebook rasmi kelab itu juga memuatnaik video sebagai simbolik kepada perjuangan Kuala Terengganu Rovers yang baru sahaja bermula ini.

Kuala Terengganu Rovers menampilkan warna kuning, hitam dan putih serta kapal menjadi lambang yang mewakili kelab tersebut.

Keterujaan para penyokong di Terengganu dalam memberikan sokongan kepada bola sepak tempatan memang tidak boleh dinafikan.

Perlawanan suku akhir Piala Terengganu Amateur League (TAL) 2019 antara Kerteh FC dan Real Chukai FC berjaya menarik kehadiran hampir 1000 orang penyokong. Itu menjadi bukti yang cukup jelas terhadap sokongan mereka.

Untuk rekod dalam saingan Liga M3 2019, BTK FC menamatkan kempen di tempat ketujuh selepas mencatatkan 35 mata hasil 10 kemenangan, lima keputusan seri dan 11 kekalahan.

Kredit fotoKuala Terengganu Rovers

PERCUMA: Bandage Mudah Lekat.

Hak Cipta © Semuanya BOLA Sdn. Bhd. 1179367-U