“Usaha Habis Baik Beri Tentangan Buat Kedah” – Muslim Ahmad Akui Cabaran Getir Sri Pahang di Alor Star

Muslim Ahmad selaku kapten Sri Pahang musim ini mengakui tugas getir bakal dihadapi beliau bersama rakan sepasukan apabila kelabnya bakal berdepan cabaran Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Star pada malam esok.

Walaupun begitu, pertahanan tinggi lampai tersebut tetap yakin skuad diwakilinya itu tetap berpeluang untuk membawa pulang mata biarpun ini menjadi perlawanan pertama Liga Super musim ini buat Sri Pahang.

“Ketika pasukan lain sudah bermain dua dan satu perlawanan, Sri Pahang yang tidak dapat beraksi kerana COVID-19 sudah bersedia untuk mempamerkan prestasi terbaik.

“Biarpun memulakan kempen Liga Super di tempat lawan, kami akan berusaha dengan sebaik mungkin untuk memberi tentangan kepada tuan rumah.

“Semestinya kunjungan ke Alor Setar ialah untuk mengutip tiga mata dan kami akan mempamerkan persembahan yang menyakinkan sepanjang 90 minit perlawanan,” katanya menerusi Berita Harian.

Jika diimbas pada jadual awal Liga Super, sepatutnya Sri Pahang sudah pun memulakan aksi kempen Liga Super pada 5 Mac lalu dengan Terengganu menjadi lawan pertama mereka serta disusuli Selangor pada 8 Mac selepas itu.

Namun kedua perlawanan tersebut terpaksa ditunda disebabkan sebahagian pemain dan pegawai pasukan Sri Pahang disahkan positif wabak virus Covid-19.

Ketika ditanya Muslim mengenai prestasi semasa pasukan, jelas beliau motivasi Sri Pahang berada dalam keadaan yang sangat baik ketika ini setelah kejayaan mereka menewaskan Manjung City dalam aksi pusingan pertama Piala FA lalu.

Tambah beliau lagi, kejayaan melangkah ke pusingan kedua kejohanan berprestij itu turut menjadi perangsang motivasi buat pasukan untuk tampil lebih berkeyakinan.

“Oleh itu, saya harap rakan sepasukan dapat memberikan tentangan kerana Kedah mencatat kemenangan pada dua perlawanan sebelum ini,” katanya.

Sri Pahang pada musim ini diperkuatkan dengan empat pemain import baharu setelah pengurusan mengekalkan pemain tengah dari Argentina musim lalu iaitu Manuel Hidalgo.

Pemain yang baharu diikat skuad tersebut ialah Mahmoud Za’tara di bahagian serangan bersama Billy Ketkeophomphone, Johan Martial di bahagian pertahanan, serta penjaga gol, Mamadou Samassa.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN