‘Usah Dibuai Kemenangan Lalu’ – JDT Waspada Ancaman Ulsan Hyundai

Benjamin Mora JDT ACL

Aksi terakhir JDT di peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) berdepan kelab Korea Selatan, Ulsan Hyundai merupakan misi hidup mati mereka dalam misi untuk layak ke pusingan kalah mati.

Selepas menewaskan Guangzhou FC 2-0 tempoh hari, skuad kendalian Benjamin Mora tersebut kini sedang memimpin kumpulan I dengan mengumpul 10 mata.

“Bukan senang nak dapatkan kemenangan memandangkan Guangzhou gunakan formasi 5-4-1 sehinggakan kita tak dapat cari banyak ruang untuk masuk ke dalam kawasan penalti mereka,” ujar jurulatih warga Mexico tersebut dalam sidang media selepas perlawanan.

“Mereka bagaimanapun dibolosi dengan dua penalti apabila kita membuat tekanan dengan corak permainan pantas dan dengan cara itulah kita menang.

“Sekali lagi menewaskan Guangzhou adalah keputusan yang bagis, tetapi ia bukanlah keputusan yang memuaskan hari saya, walaupun ia mungkin sedikit sebanyak menaikkan moral dan tahap keyakinan pemain kami.

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Meskipun ia merupakan pencapaian terbaik skuad Harimau Selatan di pentas Asia, pastinya mereka tidak mahu berhenti setakat ini. Peluang untuk mencipta sejarah lebih gemilang kini terhidang di depan mata.

Mora jelas tidak mahu pasukannya dibuai dengan kejayaan menewaskan jaguh Korea Selatan tersebut sebelum ini, apatah lagi selepas mereka mengejutkan Kawasaki Frontale – yang menang besar ke atas JDT.

“Kita dah tewaskan mereka sebelum ini, tetapi barang yang lepas jangan dikenang dan saya pasti mereka mahu keputusan berbeza kali ini,” tambah Mora lagi.

“Saya yakin Kawasaki akan memburu kemenangan besar apabila berdepan Guangzhou, jadi kami perlu laukukan apa sahaja untuk mengatasi Hyundai.

Mora juga berharap peledak utamanya, Bergson da Silva akan meneruskan konsistensinya selepas penyerang Brazil tersebut kembali menjaringkan gol ketika berdepan Guangzhou.

Penyerang import dari Brazil tersebut pastinya sekali lagi menjadi sandaran utama JDT untuk mendapatkan jaringan penting berdepan Ulsan Hyundai.

Namun pada masa sama, beliau juga berbangga dengan persembahan pemain mudanya, Nathaniel Shio Hong Wan yang mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Natxo Insa.

“Saya agak terkejut dengan kualiti yang ada pada pemain muda Nathaniel, dia berjaya mengawal bahagian tengah.

“Bukan mudah untuk bermain di peringkat Asia jika kamu tidak cukup masa permainan, tetapi dia tidak menjadikannya sebagai alasan dan mampu bergandingan dengan baik bersama Leandro [Velazquez].

“Malah dia juga tidak menghadapi masalah untuk membentuk persefahaman di tengah apabila saya juga membawa masuk Safiq Rahim.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN