‘Pemain Kawasaki Frontale Pun Gerun’ – Jangan Pandang Rendah Kemampuan ‘Pemain Ke-12’ Harimau Selatan

Perlawanan AFC Champions League menentang Kawasaki Frontale pada 21 April lalu merekodkan kehadiran seramai 17,592.

Menurut perkongsian media sosial rasmi JDT, kehadiran tersebut adalah jumlah teramai yang pernah direkodkan di Stadium Sultan Ibrahim sepanjang musim 2022 ini.

Perkembangan positif

Jumlah 17,593 yang hadir menyaksikan perlawanan pada Khamis lalu sebenarnya masih jauh daripada kapasiti sebenar stadium yang mampu memuatkan 40,000 penonton pada sesuatu masa.

Tetapi jumlah tersebut dianggap sebagai perkembangan positif mengambil kira apa yang telah dilalui oleh industri setelah pandemik dunia melanda negara sejak lebih dua tahun lalu.

Sumber: JST

Tidak termasuk perlawanan penting seperti separuh akhir atau perlawanan akhir Piala Malaysia, tidak ada stadium mahu pun pasukan di dalam negara yang mampu menarik penyokong turun ke stadium seramai itu di Malaysia setakat ini.

Memastikan 44% kapasiti stadium penuh pada hari perlawanan yang berlangsung pada hari bekerja dan pada ketika siaran secara langsung di kaca televisyen dan penstriman turut menjadi pilihan ramai pada hari ini – angka tersebut boleh dianggap sebagai jumlah yang luar biasa.

Kebetulan perlawanan diadakan pada bulan Ramadhan, yang bermakna perlawanan akan berlangsung dan tamat lebih lewat – anda pasti tertanya-tanya apa yang meyakinkan penyokong Harimau Selatan turun berduyun-duyun menyaksikan perlawanan tersebut di stadium.

Atmosfera SSI diakui wartawan dan pemain lawan

Atmosfera di Stadium Sultan Ibrahim sememangnya diakui ramai, termasuk oleh barisan pemain Kawasaki Frontale yang berkongsi secara terbuka kesukaran beraksi behadapan pemain ke-12 skuad Harimau Selatan.

Sumber: Laman rasmi Kawasaki Frontale.

Lima pemain Kawasaki Frontale termasuk penyerang import dari Brazil, Marcinho tidak ketinggalan menyebut bagaimana atmosfera yang dihadirkan penyokong JDT menyukarkan mereka dalam perlawanan lalu.

Perkara sama turut dikongsi waratwan Jepun yang membuat liputan di Stadium Sultan Ibrahim yang kagum akan atmosfera perlawanan dijelmakan penyokong tuan rumah.

Jangan pandang rendah armada pemain ke-12 Harimau Selatan

TMJ sedar akan impak yang mampu dihadirkan oleh penyokong. Hakikatnya, angka 17,952 dalam perlawanan menentang Kawasaki Frontale dan  dan 16,679 lagi kehadiran direkodkan ketika pasukan itu tewas 0-5 kepada lawan yang sama.

Kerana itulah TMJ menyeru ‘pemain ke-12’ all out dalam perlawanan menentang UIsan Hyundai pada Sabtu ini.

“Bagi full stadium [pada] Sabtu ini. Kita akan fight sampai mati. “Doa semoga kita dapat cipta sejarah baru buat club dan Johor demi keluarga JDT. Mudah-mudahan, Insha’Allah,” tulis TMJ di Instagram selepas menyaksikan JDT menewaskan Guangzhou FC 2-0 baru-baru ini.

Hakikatnya, pasukan bola sepak tanpa penyokong ibarat harimau tanpa ekornya.

Kini terpulang kepada penyokong Harimau Selatan untuk memainkan peranan masing-masing untuk merealisasikan impian yang mereka sendiri impikan selama ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN