UNL: Debut Kompetitif Adama Traore Bantu Sepanyol Atasi Switzerland

Adama Traore Sepanyol

Pemain sayap Wolverhampton Wanderers, Adam Traore akhirnya mengesahkan pilihannya untuk mewakili Sepanyol di peringkat antarabangsa dengan beraksi dalam perlawanan kompetitif pertamanya buat pasukan tersebut ketika menewaskan Switzeland 1-0 dalam saingan Liga Negara-Negara Eropah (UNL).

Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Alfredo de Stefano, Madrid itu kapten Real Sociedad, Mikel Oyarzabal menjaringkan gol tunggal perlawanan pada separuh masa pertama bagi memastikan Sepanyol terus mendahului carta kumpulan.

Penjaga gol Manchester United, David de Gea turut mempamerkan aksi cemerlang dengan menyelamatkan percubaan Loris Benito pada awal permainan dengan menepis keluar rembatan rendah pertahanan Switzerland tersebut.

Sepanyol kemudian tidak menunggu lama untuk memberi respon dengan membuat tekanan tinggi di hadapan kawasan lawan mereka sehingga penjaga gol Yann Sommer melakukan kesilapan membuat hantaran rendah yang dirampas Mikel Merino.

Oyarzabal tidak melepaskan peluang terhidang dengan melepaskan rembatan kencang ke sebelah kiri gawang untuk jaringan gol yang memastikan tiga mata menjadi milik skuad kendalian Luis Enrique.

“Gol itu bukan semata-mata kesilapan mereka, ia kerana kami bermain dengan baik,” kata Enrique. “Ia merupakan hasil usaha berpasukan dan kami berhasil mendapatkan gol tersebut.”

Sepanyol mendapat beberapa peluang untuk menambah jaringan menerusi tandukan Ferran Torres yang ditepis keluar oleh Sommer dan percubaan jarak dekat Oyarzabal yang terkena tiang.

Penjaring gol termuda Sepanyol, Ansu Fati juga mendapat peluang terbaik pada awal babak kedua, namun percubaannya berjaya dihadang sebelum beliau dikeluarkan pada minit ke-57 dan diganti oleh Traore.

Pemain berusia 24 tahun itu sebelum ini turut diberi peluang untuk beraksi dalam aksi persahabatan antarabangsa menentang Portugal pada 7 Oktober lalu di mana perlawanan berkesudahan seri 0-0.

“Kami gagal memanfaatkan memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang, namun kami tetap bekerja keras untuk memastikan pasukan meraih kemenangan. dan kami berjaya mendapatkan tiga mata di sini,” ujar Traore yang ditemui selepas perlawanan.

Beliau yang merupakan anak kepada pasangan warganegara Mali sebelum ini telah beberapa kali dipanggil untuk mewakili Sepanyol, namun terlepas peluang kerana mengalami kecederaan dan positif COVID-19.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Eropah:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN