UNL: Belanda Mara Atasi Perancis Selepas Kebangkitan Dramatik 5 Minit Terakhir Di Jerman

Dramatik! Itulah yang dapat kami gambarkan kepada kebangkitan 5 minit terakhir Belanda. Mereka ketinggalan 2-0 sepanjang 84 minit, namun pada 5 minit terakhir perlawanan mereka berjaya mengikat Jerman 2-2.

Perlawanan di antara Belanda dan Jerman di Veltins Arena adalah untuk menentukan sama ada Perancis ataupun Belanda mara ke pusingan seterusnya. Sifirnya adalah, jika Belanda kalah, Perancis akan mara. Jika Belanda tidak kalah, mereka akan mara kerana perbezaan jaringan yang lebih baik.

Manakala pasukan Jerman sudahpun disingkirkan oleh Belanda beberapa hari lalu hasil daripada kemenangan The Oranje ke atas juara dunia – yang juga merupakan pasukan pilihan – Perancis. Jerman pastinya mahu menang untuk mengakhiri badi tanpa kemenangan dalam perlawanan kompetitif mereka sejak Piala Dunia yang lalu.

Belanda diletakkan pasukan pilihan ke-3 daripada kumpulan ini selepas mereka gagal mara ke Piala Dunia yang lalu serta berdasarkan ranking FIFA.

Timo Werner dan Leroy Sane memberikan Jerman 2 gol pendahuluan pada separuh masa pertama. 2 pemain ini nampak sangat baik aksi mereka.

Jerman kelihatan yakin untuk membalas dendam di atas kekalahan 3-0 mereka di tangan Belanda sebelum ini. Belanda juga, pasukan yang berjaya menyingkirkan mereka daripada saingan UNL beberapa hari lalu.

Thomas Muller masuk pada separuh masa kedua untuk bermain perlawanan ke-100 beliau bersama Die Mannschaft.

Jerman memiliki beberapa peluang keemasan pada awal separuh masa kedua – untuk menambah gol mereka namun percubaan Werner dan Gnabry tidak dapat menerjah gawang.

Pada minit ke-85, Quincy Promes merapatkan jurang untuk pasukannya. Promes menerima hantaran Daley Blind dan merembatnya deras dalam keadaan hanya selangkah.

https://twitter.com/Ebo_AA/status/1064637571584659456

Dan pada minit ke-90, kapten Belanda – Virgil Van Dijk melakukan voli yang membawa negaranya mara ke separuh akhir UNL.

https://twitter.com/AnfieldExpress/status/1064633773617225730

Jerman terus gagal memenangi sebarang perlawanan kompetitif sejak kali terakhir menewaskan Sweden di peringkat kumpulan Piala Dunia 2018 – yang mereka tersingkir awal.

Ini pencapaian yang agak memberangsangkan daripada Belanda selepas dirombak semula oleh Ronald Koeman.

Statistik perlawanan ini jelas menunjukkan Belanda berjaya memberikan saingan kepada Jerman.

Belanda memuat naik gambar keraian di bilik persalinan bersama dengan kesemua pegawai yang terlibat dalam misi sukar di Jerman.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN