United Sedia Gandakan Gaji Bruno Fernandes Dalam Kontrak Baharu

Bruno Fernandes Manchester United

Tidak dapat disangkal lagi, Bruno Fernandes merupakan pemain terbaik Manchester United buat masa sekarang selepas berjaya mencipta impak yang cukup besar sejak menyertai kelab tersebut hampir setahun lalu.

Pemain berusia 26 tahun itu tiba di Old Trafford pada Januari dari Sporting Lisbon dengan nilai perpindahan £68 juta (RM371 juta) dan mengikat kontrak selama lima setengah tahun dan menerima gaji £100,000 (RM545,000) seminggu.

Berdasarkan senarai gaji pemain United yang didedahkan oleh akhbar The Sun, gaji pemain tengah Portugal tersebut jauh lebih rendah berbanding beberapa pemain lain seperti David de Gea (£350,000), Paul Pogba (£290,000) dan Anthony Martial (£250,ooo).

Keadaan tersebut telah mendorong pihak pengurusan kelab untuk sekurang-kurangnya menaikkan gaji Fernandes dengan sekali ganda agar dapat mengikatnya untuk tempoh jangka masa panjang.

Dalam tempoh 11 bulan, beliau telah membuktikan reputasinya dengan menjaringkan 22 gol serta menyumbang 14 bantuan jaringan daripada hanya 37 perlawanan dalam semua pertandingan.

Perkembangan tersebut pastinya membuatkan beberapa kelab gergasi seperti Real Madrid atau Paris Saint-Germain mula mengintai untuk memancing Fernandes dengan menawarkan gaji yang jauh lebih lumayan

Ketika United meraih kemenangan 3-1 ke atas West Ham pada Sabtu, Fernandes yang masuk menggantikan Donny van de Beek pada waktu rehat separuh masa telah terlibat dengan semua tiga gol yang dijaringkan oleh pasukannya.

Kemenangan tersebut meletakkan United di tangga keempat liga dengan 19 mata selepas 10 perlawanan dan turut melebarkan rekod kemenangan 100 peratas di gelanggang lawan pada musim ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Bruno Fernandes dan Manchester United:

Bruno Fernandes: Pemain MU Ada Mentaliti Kuat Untuk Juara EPL

Saha: Manchester United Perlukan Empat Orang Lagi Bruno Fernandes

Ed Woodward Beri Bayangan Man United Tak Akan Beli Pemain Januari Ini

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN