Keputusan seri Manchester United sebentar tadi menyaksikan mereka melebarkan rekod tanpa kalah dalam EPL kepada 25 perlawanan.
Ia sekaligus memecahkan rekod yang dicipta skuad Manchester United pada 2010/11 di bawah kendalian Sir Alex Ferguson yang menjuarai EPL.
Ketika itu skuad Alex Ferguson tidak kalah dalam 24 perlawanan EPL.
Kini skuad bimbingan Jose Mourinho ini memecahkan rekod EPL dan juga sejarah baru dalam kelab mereka.
Manchester United mendahului menerusi Wayne Rooney pada akhir babak separuh masa pertama menerusi sepakan penalti.
Penalti yang agak kontroversi yang dibantah pemain-pemain Swansea kerana Rashford didakwa mereka melakukan simulasi.
Wayne Rooney pula menjadi pemain ke-2 selepas Alan Shearer menjaringkan gol dalam 150 perlawanan EPL.
Pada separuh masa kedua, Gylfi Sigurdsson menyamakan kedudukan untuk Swansea pada minit ke-79.
Gylfi Sigurdsson menjadi pemain kedua selepas Kun Aguero menjaringkan gol dalam 3 perlawanan berturut-turut di Old Trafford.
Tiada tambahan gol pada 10 minit terakhir perlawanan. Swansea pulang dengan 1 mata dari Old Trafford. Kini Swansea dibezakan dengan 4 mata dari zon selamat.
Sebagai rekod, Manchester United seri sebanyak 14 kali dalam liga setakat ini. Dan ia adalah yang terbanyak di antara semua pasukan dalam 5 liga utama Eropah.
10 keputusan seri di Old Trafford dalam EPL adalah lebih tinggi daripada seri di tempat sendiri yang dicatatkan gabungan Chelsea, Spurs, Liverpool dan Arsenal.
7 daripada keputusan seri di tempat sendiri itu adalah berakhir 1-1. Jose Mourinho menyatakan keputusan ini memang kurang baik. Namun beliau mempertahankan aksi pemain beliau.
Mourinho kecewa dengan jadual yang padat. Pada April ini, United bermain 9 perlawanan dalam kalendar mereka. Keletihan membuatkan para pemain tidak mampu fokus di dalam padang.
Baca juga: VIDEO: Calon Pemain Terbaik Bulanan PFAM-Asiana Liga Super Bulan April