Farhan Roslan Beri Kelebihan Buat Kedah Menjelang Aksi Kedua Di Kuala Terengganu

Aksi Kedah VS Terengganu di Stadium Darul Aman menyaksikan kedua-dua pasukan memulakan perlawanan dengan intensiti yang cukup tinggi.

Terengganu pastinya mahukan gol di tempat lawan dan hasilnya mereka melakukan serangan yang cukup bahaya ke arah pintu gol seawal minit pertama permainan.

Tandukan dari Lazaro Alves dan juga percubaan dari Federico Falcone hampir berjaya membolosi pintu gol pasukan Kedah yang dijaga Ifwat Akmal.

Kedah kemudiannya cuba mengancam dengan beberapa siri percubaan antaranya gerakan menarik Syazwan Zainon yang kemudiannya dikecewakan dengan penyudah beliau sendiri yang lemah.

Permainan kedua-dua pasukan nyata menghiburkan apabila kedua-dua pasukan teguh mencari gol pendahuluan. Permainan yang terbuka boleh dikatakan ketika ini.

Gambar: Norazmi Ibrahim/Asiana

Penulis tertarik dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Faiz Nasir ketika ini. Sungguh selesa ketika membawa bola.

Halim Saari terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan, Syawal Nordin dibawa masuk.

Gerakan 1-2 menarik diantara Ken Ilso dengan Syazwan hampir sahaja menemui jaringan namun penyudah Ilso tidak begitu tajam.

Kelancaran permainan sering terjejas akibat kecederaan yang dialami oleh pemain kedua-dua pasukan.

Boleh dikatakan setiap 5-10 minit pasti akan ada pemain yang terbaring di padang akibat cabaran yang keras daripada para pemain.

Perlawanan mula sedikit perlahan dengan kedua-dua pasukan tidak menghasilkan percubaan bahaya seperti di awal permainan.

Sayang seribu kali sayang! Syazwan terlepas peluang untuk menjaringkan gol selepas pintu gol Terengganu terbuka luas selepas penjaga gol Amierul Hakimi sudah tertewas.

Kedah nyata bahaya dari gerakan di sebelah tepi, gerakan masuk yang dilakukan terutamanya oleh Syazwan nyata memberikan kegusaran kepada pertahan Terengganu.

Separuh masa kedua dimulakan dengan Terengganu mempunyai peluang untuk menjaringkan gol selepas Issey Nakajima-Farran berhadapan dengan Ifwat namun penyudahnya tersasar.

Selepas tersentak, Kedah terus melancarkan serangan dengan Syazwan sekali lagi menjadi teraju utama gerakan Kedah untuk memasuki kotak penalti Terengganu.

Hampir lagi! Liridon Krasniqi hampir menjaringkan gol apabila berada dekat sahaja dengan gol namun sepakan beliau melambung tinggi melepasi gol.

Ancaman semakin bahaya apabila Ken Ilso hampir menjaringkan gol namun tekanan yang diberikan oleh pertahanan Terengganu menyukarkan beliau untuk menjaringkan gol.

Strategi Kedah untuk melakukan cut-back selepas masuk ke dalam kotak penalti setakat ini tidak membawa hasil kepada mereka.

Baddrol Bakhtiar hampir saja menjaringkan gol! Rembatan padu beliau hampir menggegar jaring namun ia diselamatkan Amierul.

Fitri Omar juga tidak ketinggalan untuk melakukan percubaan namun rembatan kaki kirinya singgah tepat kepada Amierul.

Setakat 15 minit separuh masa kedua, perlawanan ini menjadi milik Kedah dengan Terengganu hanya sekali sekala sahaja menganggu pintu gol Kedah.

Walaupun jarang, namun bila ia datang tetap bahaya! Terengganu hampir menjaringkan gol pertama selepas lambungan Sharin Shapien hampir memasuki gol namun melewati palang.

Amierul nyata meletakkan pintu gol Terengganu dalam keadaan selamat apabila berjaya menyelamatkan percubaan Ken Ilso yang cukup mengelirukan,

GOL! Akhirnya Kedah menjaringkan selepas rembatan padu Farhan Roslan berjaya menerjah jaring pada minit ke-72!

KAD MERAH! Adib Aizudin dibuang padang pada minit ke-79 selepas mengutip kad kuning kedua. Terengganu beraksi dengan 10 orang ketika ini.

Farhan tidak puas dengan 1 gol. Rembatan dari luar kotak penalti hampir saja masuk ke dalam pintu gol Terengganu.

Sekali lagi Farhan cuba menjaringkan gol apabila berjaya masuk ke dalam kotak penalti, namun cubaan beliau dikeluarkan oleh pertahanan Terengganu.

Secara keseluruhannya, Kedah menguasai perlawanan dengan cukup baik terutamanya di separuh masa kedua.

Mereka mungkin boleh menjaringkan 3, 4 gol namun ketangkasan Amierul Hakimi menafikan Terengganu dari bolos dengan banyak.

Tamat perlawanan – Kedah 1-0 Terengganu.

Kesebelasan utama

Kedah: Ifwat Akmal (penjaga gol), Zac Anderson, Khairul Helmi Johari (kapten), Fitri Omar, Akram Mahinan, Halim Saari, Liridon Krasniqi, Syazwan Zainon, Baddrol Bakhtiar, Sandro Da Silva, Ken Ilso

Terengganu: Amierul Hakimi (penjaga gol), Lazaro Alves, Firdaus Faudzi, Adib Aizudin, Nasrullah Hanif, Shukor Jusoh, Sharin Sapien, Faiz Nasir, Ferris Danial, Federico Falcone, Issey Nakajima-Farran (kapten)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN