Laporan Sport menyatakan Manchester United mahukan Neymar. Bos United, Jose Mourinho perlukan nama besar untuk Manchester United.
Beliau mahu membawa masuk nama besar (marquee player) itu dalam jendela perpindahan yang akan datang.
Ini untuk memastikan projek beliau dengan United berjaya.
Laporan SPORT menyatakan Manchester United sedang berbincang tentang Neymar dengan ejen beliau.
Wakil Manchester United dikatakan menawarkan gaji luar biasa kepada Neymar. Ianya sekitar £416,000 seminggu selepas cukai.
Namun harga Neymar bukannya murah. Dikatakan kontrak Neymar ada klausa perlepasan sebanyak £173 juta.
Harga bukan masalah untuk United sekarang ini. Ini kerana kuasa kewangan mereka yang kuat.
Mereka menjana pendapatan lebih £500 juta setahun. Mereka juga membuktikan mereka mampu membeli mana-mana pemain dengan sebarang harga.
Sebelum ini mereka mendapatkan Paul Pogba dengan £89 juta ataupun nilai euro-nya €100 juta.
Manchester United yakin dapat memberikan ‘bola sepak’ kepada Neymar selain daripada gaji lumayan.
Neymar adalah pemain penting dalam skuad Barcelona sejak menyertai gergasi Catalan tersebut.
Musim ini adalah musim terbaik beliau. Neymar menjadi pemain penting dalam kebangkitan luar biasa Barcelona ke atas PSG.
Namun, ia bukan mudah untuk United mendapatkan Neymar. Ini kerana Barcelona pastinya mahu mengekalkan pemain 25 tahun itu.
Cuma sekarang ini, tawaran gaji yang sangat besar mungkin menjadi faktor pemain akan minta untuk dilepaskan.
Manchester United serius dalam usaha mencari penyerang bintang seperti Neymar. Mereka juga dikatakan masih meneruskan pemburuan untuk Antoine Griezmann.
Baca juga: