Pertahanan AS Roma: “Nainggolan Patut Bermain Di Premier League”

Radja Nainggolan merupakan antara pemain tengah yang cukup hebat di Serie A.

Malah bukan sahaja beliau merupakan antara pemain tengah terhebat di liga tersebut, namun beliau antara pemain tengah terhebat di dunia ketika ini.

Nama beliau sering dikaitkan dengan perpindahan ke kelab dunia terutamanya Chelsea. Oleh kerana sering dikaitkan dengan perpindahan keluar dari AS Roma, rakan sepasukan Nainggolan berasakan beliau perlu berpindah.

“Pergilah!”

Bagi rakan sepasukan Nainggolan iaitu Kostas Manolas, beliau berpendapat berpindah ke kelab lain terutamanya di England merupakan jalan terbaik untuk karier beliau.

“Beliau patut berpindah jika beliau mahu bermain dengan pasukan terbaik di dunia kerana beliau memang antara pemain yang terbaik.”

“Dalam keadaan ini, kita kena berlaku jujur. AS Roma tidaklah sehebat Barcelona, Real Madrid atau Bayern Munich.”

Nama Nainggolan sering dikaitkan dengan pasukan Chelsea, namun begitu Nainggolan sering menolak sebarang kemungkinan untuk berpindah ke Chelsea.

“Beliau tak mahu pindah ke England walaupun beliau layak main di sana.”

“Hal ini kerana beliau tak suka cuaca di London yang sering hujan, beliau tak suka cuaca hujan. Baginya, cuaca dan kehidupan di bandar Rom lebih sesuai dengannya.”

Walaupun begitu, Manolas yang juga dilaporkan menjadi sasaran kelab seperti Paris Saint-Germain, Internazionale, Manchester United dan Chelsea berkata susah jika kelab melepaskan pemain utama mereka.

“Kami dalam misi untuk menang gelaran liga. Ia sedikit sukar kerana Juventus bermain dengan sungguh konsisten.”

“Kami juga ada Coppa Italia menentang Lazio. Banyak kerja perlu dilakukan selepas kami kalah perlawanan pertama 2-0.”

Jadi, patutkah Nainggolan pergi ke Premier League?

Baca juga: Debut Wan Kuzain Di USL, Apakah Perbezaan NASL Dan USL? Ini Penjelasannya!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN