Kebangkitan luar biasa yang dipamerkan oleh Manchester United ketika menewaskan Southampton pada Ahad lalu telah menunjukkan satu perkara yang jelas, mereka perlukan Edinson Cavani dalam kesebelasan utama.
Dengan ketiadaan dua ‘diva’ iaitu Anthony Martial dan Paul Pogba, Ole Gunnar Solskjaer pada awalnya meletakkan Mason Greenwood dan Marcus Rashford sebagai penyerang, namun gandingan kedua-dua pemain tersebut kurang berkesan.
Ketinggalan dua gol pada separuh masa pertama, pengurus warga Norway tersebut membuat perubahan taktikal sebelum bermula babak kedua dengan memasukkan penyerang Uruguay tersebut menggantikan Greenwood.
https://twitter.com/_Omojiate/status/1333087134664847362?s=20
David de Gea yang mengalami kecederaan ketika cuba menyelamatkan sepakan percuma James Ward-Prowse juga digantikan dengan penjaga gol muda Dean Henderson.
Segalanya berubah setelah pemain United menemui ‘target man’ mereka untuk fokus membuat serangan ke arah benteng Southampton. Malah Cavani juga bijak membuka permainan termasuk berjaya mencipta jaringan untuk Bruno Fernandes dengan hantaran lintangnya.
Selepas pemergian Zlatan Ibrahimovic dan Romelu Lukaku, United jelas kehilangan sentuhan seorang penyerang tulen dan kini penyokong United pasti berharap pemain berusia 33 tahun itu dapat memberikan impak positif kepada pasukan untuk musim ini.
Dua gol yang dijaringkan oleh Cavani menerusi tandukan menunjukkan sifat semula jadi soerang penjaring gol di mana beliau berada di tempat yang betul pada masa yang tepat.
What an impact! Half-time sub Edinson Cavani helps turn a 2-0 deficit into a 3-2 victory for Man. United – capped by a 93rd-minute winner. 🔥🔥
⚽️⚽️ Two goals
🅰️ One assist#UCL pic.twitter.com/DmsIkPg6zf— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) November 29, 2020
Ia turut dibantu dengan dibantu gandingan Fernandes dan Donny van de Beek di bahagian tengah yang menunjukkan kedua-dua pemain boleh bermain bersama dengan baik tanpa kelibat Paul Pogba yang masih belum pulih dari kecederaan.
Apa yang diperlukan kini adalah memberikan lebih banyak minit permainan kepada mereka berdua untuk mendapatkan keserasian yang lebih mantap serta menentukan posisi terbaik mereka di atas padang.
Alex Telles juga telah menunjukkan kemampuan sebenarnya untuk terus mengisi tempat di bahagian pertahanan kiri pasukan mengetepikan Luke Shaw yang kurang konsisten. Beliau pantas menutup semula ruang ketika diserang dan juga dapat membantu serangan dengan baik.
Apa yang jelas kini, sekalipun tanpa Martial, Pogba, De Gea dan Shaw Solskjaer sudah pun mempunyai kesebelasan terbaiknya yang boleh diharapkan untuk memberikan keputusan-keputusan positif dalam perlawanan akan datang.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester United:
EPL 2020/21: Edinson Cavani Pamer Bisa, Bantu Kebangkitan Dramatik Man Utd
‘Bukan Keutamaan Saya’ – Solskjaer Enggan Fikir Mengenai Kontrak Baharu