Saingan UEFA Champions League dan Europa League di peringkat kumpulan sudah pun berakhir dengan pasukan yang layak ke peringkat seterusnya akan beraksi di pusingan kalah mati.
Undian untuk pusingan 16 terbaik saingan Champions League dan play-off saingan Europa League telah dibuat hari ini dalam sebuah majlis yang diadakan di ibu pejabat Union of European Football Associations (UEFA) di Nyon Switzerland.
Tidak banyak kontroversi yang berlaku pada tahun ini namun harus diakui yang terdapat beberapa perlawanan menarik yang bakal berlangsung di peringkat kalah mati nanti.
We’ll face Real Madrid in the #UCL last-16 👊#UCLdraw pic.twitter.com/OLBbi4v827
— Liverpool FC (@LFC) November 7, 2022
Undian Champions League
Antara yang paling menarik adalah pertembungan antara Liverpool dan Real Madrid yang dijadualkan akan bertemu di pusingan 16 terbaik saingan UCL nanti.
Ia seolah-olah ulangan perlawanan akhir saingan UCL musim lalu dan para peminat jelas sekali sudah tidak sabar mahu menyaksikan perlawanan tersebut.
Walaupun beraksi hambar dalam saingan liga, skuad kendalian Jurgen Klopp itu sebenarnya telah mempamerkan aksi persembahan yang sangat meyakinkan di pentas saingan Champions League.
Real Madrid sendiri pada musim ini sebenarnya tidak berada di tahap persembahan terbaik mereka, namun ada ketika anak-anak buah Carlo Ancelotti itu sememangnya berada di tahap yang sungguh menakjubkan.
Bring it on! 👊
Which tie can't you wait for?#UCLdraw pic.twitter.com/tiWnYYTdXj
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) November 7, 2022
Sukar sebenarnya untuk meramalkan siapa bakal memenangi perlawanan ini dengan kedua-dua pasukan juga sebenarnya merupakan calon kegemaran untuk muncul juara musim ini.
RB Leipzig sementara itu bakal berdepan laluan yang sukar dengan mereka terpaksa berdepan calon kegemaran, Manchester City di pusingan kalah mati nanti.
Benfica tidak berdepan laluan yang begitu sukar dengan mereka selepas ini akan turun beraksi bertemu Club Brugge.
Gergasi Serie A, AC Milan sementara itu bakal turun berdepan Tottenham Hotspur di pusingan 16 terbaik nanti, dan jelas sekali pengalaman Antonio Conte sangat ditagih oleh kelab dari England itu.
Wow. Some incredible draws for the Champions League round of 16! 🤩#UCLDraw pic.twitter.com/XX3DoK1Sy0
— 90min (@90min_Football) November 7, 2022
Napoli yang layak sebagai Juara kumpulan itu pula bakal turun beraksi bertemu Frankfurt di peringkat kalah mati nanti.
Chelsea yang ketika ini sedang berada di tahap persembahan yang tidak meyakinkan itu bakal turun berdepan Borussia Dortmund di pusingan 16 terbaik nanti.
Inter Milan pula akan turun bertemu Porto di peringkat kalah mati nanti dan perlawanan ini juga sukar sebenarnya untuk diramal.
Satu lagi perlawanan yang menarik untuk disaksikan adalah pertembungan antara Paris Saint Germain bertemu Bayern Munich.
🏴 Liverpool vs Real Madrid 🇪🇸#UCLdraw pic.twitter.com/ZOwM0Pqjqf
— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) November 7, 2022
Kedua-dua gergasi Eropah ini sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka pada ketika ini dan jelas sekali pertembungan mereka akan menjadi aksi yang ditunggu-tunggu oleh peminat.
Harus diakui yang kedua-dua mereka merupakan antara calon kegemaran untuk muncul juara dan sangat menarik untuk melihat siapa bakal tersingkir di peringkat kalah mati nanti.
Undian Europa League
Bagi undian play-off saingan Europa League pula, aksi pertembungan antara Barcelona bertemu Manchester United menjadi yang paling menarik untuk disaksikan oleh peminat.
It's set! 🤩
Which tie are you looking forward to most?#UELdraw pic.twitter.com/OvquVAv4rL
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) November 7, 2022
Memandangkan Manchester United gigih mahu menandatangani Frenkie de Jong pada musim panas lalu, agak menarik juga untuk melihat bintang Belanda itu benar-benar ke Old Trafford.
Kedua-dua kelab jelas sekali memiliki sejarah yang sungguh menakjubkan dan untuk melihat mereka bertembung di pentas Europa League jelas sekali satu hal yang luar biasa.
Perlawanan ini juga sebenarnya antara perlawanan yang sukar untuk diramal dan tidak pasti siapa antara mereka yang bakal layak ke peringkat seterusnya.
Selepas tersingkir dari saingan Champions League, Juventus bakal turun berdepan Nantes untuk bersaing menjuarai saingan Europa League musim ini.
🇪🇸 Barcelona vs Manchester United 🏴#UELdraw pic.twitter.com/kG6YiYq6Io
— UEFA Europa League (@EuropaLeague) November 7, 2022
Sporting Lisbon pula sementara itu bakal turun beraksi bertemu FC Midtjylland di peringkat kalah mati nanti.
Shakhtar Donetsk bakal turun beraksi bertemu Rennes di pusingan kalah mati play-off saingan Europa League nanti.
Bekas kelab Erik ten Hag, Ajax akan turun bertemu Union Berlin dengan Bayer Leverkusen pula dijadualkan bertemu Monaco.
Sevilla bakal turun berdepan PSV Eindhoven dan Red Bull Sazlburg diundi bertemu AS Roma.