Cristiano Ronaldo Disarankan Supaya Ikut Jejak Langkah Gerard Pique

Cristiano Ronaldo disarankan supaya sayangi legasi yang beliau miliki dan beliau turut dinasihati supaya mengikuti jejak langkah Gerard Pique untuk bersara dari dunia bola sepak.

Para peminat jelas sekali sangat teruja melihat Cristiano Ronaldo dilantik menjadi ketua pasukan ketika beraksi bertemu Aston Villa malam semalam.

Ramai yang menjangkakan bahawa bintang Portugal itu bakal mampu memberikan yang terbaik ketika beliau bermain sambil ada lilitan kapten di lengannya.

Walau bagaimanapun, harapan peminat lebur selepas melihat bagaimana huru-haranya corak permainan yang ditunjukkan oleh Manchester United dalam perlawanan tersebut.

Ronaldo sendiri turut tidak berada di tahap persembahan terbaiknya dalam perlawanan tersebut, dengan United terpaksa akur dibelasah 3-1 oleh Aston Villa.

Bekas bintang Juventus dan Real Madrid itu sekali lagi gagal untuk memberikan impak seperti yang diharapkan dan ramai peminat yang semakin kecewa melihat aksi beliau pada ketika ini.

Segelintir peminat turut menyuarakan pendapat mereka di media sosial dengan rata-rata dari mereka menggesa pemain berusia 37 tahun itu supaya bersara dari dunia bola sepak.

Para peminat menyarankan supaya Ronaldo mengikuti jejak langkah bekas pemain pertahanan Manchester United, Gerard Pique yang mengumumkan persaraan beliau selepas aksi kemenangan 2-0 Barcelona menewaskan Almeria.

Melihat persembahan Ronaldo semakin merosot, para peminat menasihati beliau supaya bersara sahaja sebelum legasi yang beliau cipta dilupakan.

Selepas melihat aksi Ronaldo ketika Man United dibelasah Aston Villa semalam, peminat di media sosial hangat membahaskan tentang hal tersebut.

“Ronaldo sepatutnya hormati legasi dia sendiri dan bersara macam Pique.”

“Ronaldo sepatutnya buat macam Pique buat dan bersara sahaja dari terus memaksa diri seperti ini.”

“Seandainya Ronaldo sayangkan Man United dan kariernya sendiri, dia patut bersara sekarang.”

“Cristiano Ronaldo sebenarnya sudah tiada kemampuan lagi dan dia sepatutnya ikuti jejak langkah Pique untuk bersara.”

Walau masih ada peminat yang mempertahankan beliau, namun komen-komen dari peminat itu sudah cukup untuk menjelaskan yang Ronaldo kini sudah berada di penghujung kariernya.

Ia kerana sudah terlalu ramai yang mula meragui kemampuan beliau dan bersara sebenarnya bukanlah bermaksud beliau kalah, sebaliknya ia sekadar untuk memastikan legasi beliau kekal terjaga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN