Undian Suku Akhir Shopee Piala FA Bakal Bermula Petang Ini

Debaran saingan suku akhir Shopee Piala FA Malaysia 2018 sudah mula dirasai apabila Majlis undian rasmi dijadualkan akan berlangsung pada pukul 4 petang ini di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

8 pasukan yang telah mara ke peringkat Suku Akhir ialah Johor Darul Takzim (JDT), Pahang, Selangor, Perak, Kuala Lumpur, PKNS FC, PKNP FC dan Felda United.

Daripada 8 pasukan itu, Felda United merupakan satu-satunya wakil daripada Liga Premier yang telah mara ke peringkat suku akhir kali ini dan selebihnya adalah wakil daripada Liga Super.

Keputusan penuh perlawanan pusingan ketiga Shopee Piala FA 2018.

Di atas kertas, JDT dan Pahang merupakan pasukan pilihan dan dianggap sebagai pencabar terkuat berdasarkan prestasi mereka dalam saingan Liga Super dimana kedua-dua pasukan itu kini menghuni kedudukan teratas.

Skuad Harimau Selatan itu pernah menjuarai Piala FA pada tahun 2016 manakala Pahang ialah finalist Piala FA musim lalu dan skuad tok gajah baru sahaja menyingkirkan juara bertahan, Kedah.

Namun begitu, cabaran daripada pasukan Selangor dan Perak juga tidak boleh dipandang enteng kerana mereka sudah mula menunjukkan tanda kebangkitan selepas mengalami penurunan prestasi dalam saingan Liga Super minggu lepas.

Selangor mendapat semangat baharu selepas merehatkan jurulatih mereka, P. Maniam manakala Perak sudah mendapat kembali rentak untuk terus beraksi cemerlang.

Malah, Kuala Lumpur juga merupakan pasukan ‘Silent Killer’ yang mampu melakukan kejutan menewaskan pasukan pilihan. Ini telah dibuktikan dalam saingan Liga Super, dimana mereka berjaya menewaskan pasukan gergasi seperti JDT dan Kedah.

2 pasukan perbadanan kemajuan iaitu PKNS FC dan PKNP FC mungkin tidak diletakkan harapan tinggi oleh para penyokong tetapi PKNS FC jelas bukan calang-calang pasukan kerana dibimbing oleh jurulatih yang cukup berpengalaman, Datuk K. Rajagobal.

PKNP FC juga mampu menghadirkan saingan yang sengit jika diundi berdepan dengan pasukan gergasi apatah lagi penyerang pasukan itu, Sharel Fikri kini sudah kembali beraksi dan baru sahaja menjaringkan 2 gol dalam saingan Piala FA.

Tidak ketinggalan ialah pasukan Felda United yang kini menghuni kedudukan teratas dalam saingan Liga Premier dan masih mengekalkan rekod tanpa kalah setakat ini. Mana-mana pasukan yang diundi berdepan skuad bimbingan B. Sathianathan ini pasti akan berdepan laluan yang sukar untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Kesimpulannya, peringkat suku akhir ialah peringkat dimana setiap pasukan yang bertanding akan menurunkan barisan pemain terbaik dan kami menjangkakan pasukan yang kurang melakukan kesilapan akan mara ke separuh akhir.

Mereka perlu memanfaatkan kelebihan di halaman sendiri untuk membawa bekalan gol yang selesa pada perlawanan kedua nanti secara timbal balik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN