Malaysia Diundi Bersama Singapura & 3 Lagi Negara Dalam Acara Bola Sepak Sukan SEA 2017

Acara bola sepak bagi Sukan SEA 2017 telah diketahui hasil undiannya apabila majlis undian telah dilakukan sebentar tadi.

Malaysia yang menjadi tuan rumah temasya dwitahunan ini telah pun diundi dalam kumpulan A sebagai status tuan rumah kejohanan.

Manakala juara bertahan bagi acara bola sepak iaitu Thailand diletakkan dalam kumpulan B.

Hasil dari undian ini, boleh dikatakan kumpulan B merupakan kumpulan maut bagi temasya kali ini berbanding dengan kumpulan A.

Majlis undian acara bola sepak bagi Sukan SEA diadakan sebentar tadi. Gambar: Kamarul Akhir/Asiana

Sebagai penghuni kumpulan A, Malaysia berhadapan dengan skuad seperti skuad jiran Singapura, skuad Myanmar, Laos, dan juga Brunei.

Manakala bagi kumpulan B pula, Thailand diundi bertemu dengan 5 lagi pasukan lain seperti Indonesia, Vietnam, Kemboja, Filipina dan juga Timor Leste.

Pasukan B-22 negara diletakkan harapan tinggi sebagai usaha untuk memburu pingat emas dalam temasya yang diadakan pada Kuala Lumpur ini.

Acara bola sepak akan dimulakan beberapa hari lebih awal sebelum pembukaan temasya pada 19 Ogos 2017.

Beberapa lokasi menjadi pilihan untuk acara sukan bola sepak seperti Stadium Nasional Bukit Jalil, Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur dan juga Stadium Shah Alam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN