Rakan Sepasukan Hidap Kanser, Seluruh Skuad Athletic Bilbao Botakkan Kepala Tanda Sokongan

Besar sungguh ujian hidup bagi sesetengah manusia.

Bagi pemain Athletic Bilbao iaitu Yeray Alvarez, untuk menghidap penyakit seperti kanser pada usia muda nyata sukar untuk dilakukan beliau.

Beliau baru-baru ini telah disahkan menghidap penyakit kanser pada bulan Disember tahun lalu dan telah menjalani pembedahan mengenai penyakit itu.

Tidak lama selepas itu, beliau kembali beraksi untuk kelabnya pada bulan Februari dengan bermain 26 perlawanan La Liga serta membantu pasukan tersebut memperoleh tempat ke-7 La Liga.

Namun kini, Alvarez diuji lagi. Beliau pada mulanya terpaksa melupakan hasrat mewakili pasukan Sepanyol dalam kejohanan EURO B-21 yang berlangsung baru-baru ini.

Hal ini kerana, beliau perlu menjalani rawatan sepanjang musim panas bagi merawat penyakit yang dihadapi beliau.

Sudah pasti, motivasi Alvarez sedikit terganggu dengan perkara ini.

Namun bagi memastikan semangat pemain itu tidak patah, para pemain Athletic Bilbao telah bersolidariti menunjukkan sokongan terhadap pemain itu.

Mereka telah membotakkan kepala masing-masing untuk memberi sokongan kepada Alvarez untuk terus menentang penyakit kanser itu.

Para pemain Athletic Bilbao bersolidariti dengan membotakkan kepada tanda sokongan untuk Yeray Alvarez.

“Kami mahu buat beliau selesa dengan kami,” kata rakan sepasukan Oscar de Marcos.

“Kami nak dia tahu yang jika beliau sakit, seluruh pasukan turut merasakan yang sama.”

Sumber:

  1. BBC Sport: Yeray Alvarez: Athletic Bilbao players shave heads to support defender diagnosed with cancer; http://www.bbc.com/sport/football/40537552

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN