Undian Semula Acara Bola Sepak Sukan Asia Resahkan Ong Kim Swee

Jawatankuasa Penganjuran Sukan Asia Indonesia (INASGOC) dikhabarkan membuat keputusan mengejut apabila akan melakukan undian semula acara bola sepak yang membabitkan 24 pasukan.

Menurut laporan daripada Berita Harian, difahamkan undian semula itu dilakukan kerana bantahan daripada Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang tidak berpuas hati apabila pasukan mereka tercicir dalam undian awal bersama dengan Palestin akibat masalah teknikal.

India juga dilaporkan mahu membuat ‘pusingan U’ menyertai acara berkenaan.

Ketika undian yang dilakukan pada 5 Julai lalu, skuad Malaysia Bawah 23 Tahun (B-23) kendalian Datuk Ong Kim Swee diundi bertemu juara bertahan iaitu Korea Selatan, Kyrgyzstan dan Bahrain dalam Kumpulan E.

Kim Swee juga terkejut dengan keputusan undian semula itu kerana tidak mendapat sebarang maklumat rasmi mengenainya.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan ini kerana saya juga tidak mendapat sebarang maklumat mengenai undian semula ini daripada pihak penganjur, AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) atau MOM (Majlis Olimpik Malaysia).

“Jika benar ada undian semula, mereka harus melakukan dengan cepat. Saya percaya bahawa negara-negara lain termasuk Malaysia sendiri mahu undian semula ini dibuat secepat mungkin.

“Ini kerana kebanyakan negara sudah merancang persiapan mereka untuk ke Sukan Asia 2018,” katanya seperti dipetik dalam Berita Harian.

Dikhabarkan pihak media mendapat jemputan untuk menghadiri majlis undian berkenaan di AFC House, Bukit Jalil petang ini.

Malah perlawanan persahabatan yang diaturkan bertemu dengan skuad kebangsaan China B-23 pada 5 Ogos dan Arab Saudi (9 Ogos) mungkin dibatalkan jika keputusan undian itu menyaksikan skuad negara berada dalam kumpulan yang sama dengan negara tersebut.

“Kita sudah bersetuju untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan China tetapi bagaimana kalau undian semula nanti kita akan bertemu China di peringkat kumpulan? Ini pasti akan mengganggu persiapan bukan saja pasukan kita malah pasukan lain juga.

“Jadi saya berharap isu ini dapat diselesaikan segera sebelum pelbagai lagi masalah timbul,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN