Undian Piala FA: Pertembungan ‘Derbi Pantai Timur’ Warnai Saingan Suku Akhir

Tugas berat sedang menanti skuad Tok Gajah apabila diundi bertemu naib juara Piala Malaysia 2018, Terengganu FC dalam Majlis undian suku akhir Shopee Piala FA 2019 yang berlangsung sebentar tadi.

Skuad kendalian Dollah Salleh itu berpeluang mengulangi kejayaan menjuarai Piala FA seperti musim lepas apabila menewaskan UKM FC, 1-0 di pusingan ketiga semalam. Namun begitu, Terengganu FC sudah pasti tidak akan memberikan laluan mudah kepada mereka walaupun tewas 0-3 dalam saingan Liga Super bulan lalu.

Selain itu, juara Piala Malaysia 2018, Perak dijangka tidak berdepan masalah untuk mara ke peringkat seterusnya selepas diundi bertemu ‘adik’ mereka, kelab Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC). Pemenang perlawanan ini akan bertemu Pahang atau Terengganu FC di peringkat separuh akhir.

Berdasarkan mekanisme undian, pasukan yang diundi di posisi nombor ganjil (1,3,5,7…) akan bermain sebagai tuan rumah di peringkat suku akhir pertama.

Keputusan undian suku akhir Shopee Piala FA.

Turut berdepan laluan yang sukar ialah juara Piala FA 2017, Kedah yang diundi bertemu PKNS FC. Ia bermakna skuad Helang Merah perlu mempamerkan kesungguhan yang tinggi kerana PKNS FC baru sahaja menyingkirkan juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) di peringkat pusingan ketiga.

Pemenang perlawanan diantara Kedah menentang PKNS FC ini akan bertemu sama ada Kuala Lumpur atau FELDA United di peringkat separuh akhir.

Aksi suku akhir pertama dijangka akan berlangsung pada 30 April atau 1 Mei 2019 manakala suku akhir kedua jatuh pada bulan Ramadhan iaitu 10 Mei atau 11 Mei 2019. Memandangkan umat Islam akan berpuasa mulai 6 Mei 2019, waktu sepak mula akan diubah pada pukul 10 malam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN