Buat pertama kalinya dalam sejarah, India menjadi hos kejohanan bola sepak anjuran FIFA. Hoki dan kriket sering membayangi populariti bola sepak di negara Asia Selatan itu.
Piala Dunia B-17 edisi 2017 bakal dilangsungkan pada 6 hingga 28 Oktober 2017. 6 stadium di 6 bandaraya berbeza bakal menganjurkan kejohanan itu.
Kuota
Sejarah juga tercipta apabila Oceania diberikan 2 slot. Sebagai kesan, Eropah kehilangan 1 slot daripada 6 menjadi 5.
CONCACAF, CONMEBOL dan Afrika memiliki masing-masing 4 slot. Asia pula mempunyai 4 slot tidak termasuk tuan rumah India.
New Caledonia (Oceania) dan Niger (Afrika) membuat penampilan sulung dalam kejohanan ini.
Undian
Undian kali ini menampilkan peraturan pasukan sama konfederasi tidak akan diundi sama dalam satu kumpulan.
Berikut merupakan undian penuh kejohanan ;
Kumpulan A: India, Amerika Syarikat, Colombia, Ghana.
Kumpulan B: Paraguay, Mali, New Zealand, Turki.
Kumpulan C: Iran, Guinea, Jerman, Costa Rica.
Kumpulan D: Korea Utara, Niger, Brazil, Sepanyol.
Kumpulan E: Honduras, Jepun, New Caledonia, Perancis.
Kumpulan F: Iraq, Mexico, Chile, England.
Kumpulan lain kelihatan seimbang, namun kumpulan F adalah kumpulan maut pada pandangan kami. Keempat-empat pasukan ada kualiti yang baik untuk mengejutkan satu sama lain.
Juara dan naib juara akan mara ke pusingan ke-16 terbaik secara automatik. Manakala baki 4 slot lagi akan ditentukan melalui tempat ketiga terbaik.
Semoga kejohanan ini dapat memberikan impak terbaik kepada India amnya untuk membida penganjuran mana-mana kejohanan bola sepak. Selamat berjaya kepada semua pasukan yang akan beraksi di negara terkenal dengan industri perfileman itu.