5 Teratas: Pakar Gol Dari Luar Kotak Penalti Sejak 2012 Oleh Pemain Di Eropah

Jaringan dari luar kotak penalti Paul Pogba ketika kemenangan 4-0 United ke atas West Ham semalam menjadikan statistik jaringan dari luar kotak penalti beliau adalah 16 gol.

Kami bawakan 5 teratas untuk pemain yang melakukan gol dari luar kotak penalti sejak musim 2012/13 di liga utama Eropah.

1. Hakan Calhanoglu – 17 gol

Beliau berehat panjang musim lalu kerana penggantungan oleh FIFA selepas melanggar kontrak. Namun pemain ini masih lagi yang terbanyak dalam statistik gol dari luar kotak penalti.

Pakar bola mati ini akan beraksi untuk AC Milan musim ini dalam revolusi kelab tersebut.

2. Miralem Pjanic & Paul Pogba – 16 gol

Pjanic dibawa masuk ke Juventus untuk menggantikan Pogba. Beliau boleh dikatakan berjaya untuk menggalas tugas itu. Setakat ini, 2 pemain ini sudah melakukan 16 gol dari luar kotak penalti.

Pjanic menjadi pemain tengah penting Juventus terutama sekali pada musim lalu ketika membantu skuad Turin itu merangkul Serie A dan mara ke final UCL.

Pogba menjadi pemain termahal dunia pada musim lalu. Kualiti beliau ketika di Juventus meningkat mendadak. Itu yang membawa kepada kepulangan bernilai tinggi ke Old Trafford.

Beliau masih banyak ruang untuk meningkatkan lagi prestasi beliau di atas padang.

4. Phillipe Coutinho & Josip Ilicic – 15 gol

Ilicic antara pemain yang memang dikenali dengan kepakaran beliau untuk melakukan gol dari luar kotak penalti.

Pemain berusia 29 tahun ini menjadi telah menjadi antara figur penting di Fiorentina sepanjang 4 musim di sana. Namun beliau menyertai Atlanta pada musim ini.

Phillipe Coutinho pula melalui musim terbaik di dalam karier beliau musim lalu. Menjadi pemain yang lebih tajam serta menjadi pemain utama dalam skuad kebangsaan Brazil.

(Photo by Julian Finney/Getty Images)

Beliau masih dikaitkan dengan perpindahan ke Camp Nou untuk menggantikan rakan senegaranya, Neymar yang sudah menyertai PSG.

Sumber statistik

Squawka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN