Undian Piala AIRMARINE: Malaysia Dan Singapura Bakal Berentap Di Bukit Jalil

Majlis Undian kejohanan 4 penjuru iaitu Piala AIRMARINE 2019 telah diadakan pagi tadi di Wisma FAM, Kelana Jaya. Kejohanan edisi sulung ini menampilkan Malaysia selaku tuan rumah, Singapura, Oman dan juga Afghanistan.

Majlis undian tersebut dihadiri oleh Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin, Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam dan Pengerusi Eksekutif AIRMARINE Malaysia, Datuk Ananth S Nathan.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Exco FAM, Christopher Raj dan Pengarah Urusan ProEvents International, San Boon Wah.

Presiden FAM, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin bersama Pengerusi Eksekutif AIRMARINE Malaysia, Datuk Ananth S Nathan. FOTO: FAM

Undian tersebut menyaksikan skuad Harimau Malaya kendalian Tan Cheng Hoe akan bertemu Singapura pada hari Rabu, 20 Mac 2019, jam 8.45 malam manakala Oman akan menentang Afghanistan pada pukul 4.30 petang.

Pemenang akan bertemu pada aksi final pada hari Sabtu, 23 Mac 2019, jam 8.45 malam dan dua pasukan yang tewas pula bakal beraksi pada perlawanan merebut tempat ketiga dan keempat, pada pukul 4.30 petang. Kesemua perlawanan ini berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

Tiket perlawanan untuk menyaksikan Piala AIRMARINE 2019 berharga RM35 (Terbuka) dan RM45 (Grandstand) dan boleh dibeli secara online di laman web Pro Event.

Keputusan undian Piala AIRMARINE 2019. FOTO: FAM

Sejajar dengan pelan hala tuju pembangunan bolasepak selama 12 tahun atau dikenali sebagai F:30 yang diperkenalkan oleh FAM, Piala AIRMARINE 2019 akan menjadi titik permulaan untuk pelan jangka masa panjang bolasepak negara bagi membawa skuad kebangsaan ke satu tahap yang lebih tinggi.

Kejohanan ini juga dijadikan sebagai medan terbaik untuk Malaysia memperbaiki kedudukan ranking FIFA bagi mengelak daripada beraksi dalam saingan play-off kelayakan Piala Dunia nanti.

Syarat untuk tidak beraksi dalam aksi play-off, Malaysia perlu berada dalam kelompok ranking ke-34 terbaik Asia. Ketika ini, Malaysia berada di tangga ke-35 Asia.

Selain dua perlawanan pada Piala AIRMARINE 2019, FAM turut mengumumkan skuad Harimau Malaya akan menghadapi satu lagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” bertemu Nepal di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 26 Mac 2019 pukul 5.30 petang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN