Kuala Lumpur Masih Mengekalkan Rekod Tanpa Menang Selepas Empat Perlawanan

Dua gol daripada Darko Markovic dan Nazrin Nawi ketika separuh masa pertama memastikan Melaka United mengutip tiga mata penuh ke atas Kuala Lumpur dalam aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat malam tadi.

Keputusan itu sekaligus melonjakkan kedudukan skuad hang tuah itu di kedudukan keempat dalam carta liga dengan 10 mata manakala Kuala Lumpur terus terperosok di dasar liga dan masih gagal mengutip sebarang mata selepas 4 perlawanan setakat ini.

Situasi itu jelas memberi tekanan kepada skuad warga kota yang terdesak untuk mendapatkan mata demi memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Super.

Pemain pertahanan Kuala Lumpur, Irfan Zakaria cuba menghalang kemaraan penyerang import Melaka United. FOTO: KL Hawks

Jurulatih Kuala Lumpur (KL), Yusri Che Lah tidak dapat menyembunyikan tekanan berkenaan namun akan terus memberi semangat kepada anak buahnya untuk menghadapi perlawanan yang seterusnya.

Mengulas mengenai perlawanan semalam, Yusri tetap memuji semangat juang pemainnya walaupun ketinggalan dua gol di separuh masa pertama.

”Tiada mana-mana jurulatih mahukan kekalahan tambahan selepas skuad pimpinan beraksi cemerlang untuk menyaingi tuan rumah selepas ketinggalan menerusi jaringan awal mereka.

”Hakikatnya, saya berpuas hati dengan sentuhan pemain, walaupun tidak gembira dengan keputusan perlawanan,” katanya dalam Berita Harian.

Yusri Che Lah memberi arahan kepada pemainnya. FOTO: KL Hawks

Yusri juga yakin skuad bimbingannya bakal tampil lebih agresif untuk berdepan Selangor Ahad ini selepas melihat persembahan positif mereka semalam.

Sementara itu, ketua jurulatih Melaka United, Zainal Abidin Hassan, berkata kemenangan berkenaan amat melegakan selepas pasukan kehilangan lima mata sebelum ini. Ia juga bermakna rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri masih kekal sehingga kini.

Malah kemenangan tersebut meningkatkan kesungguhan dan komitmen tinggi anak didiknya untuk berdepan Terengganu pada aksi keenam skuad berkenaan di Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN