Undian Kelayakan Piala Dunia 2022: Malaysia Jumpa Timor Leste

Undian kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 berlangsung di AFC Club House sebentar tadi menyaksikan skuad Harimau Malaya bakal membuat penghitungan dengan pasukan yang berada di ranking FIFA 195 dunia iaitu Timor Leste.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang berada di kedudukan ranking FIFA 168 dunia terpaksa bermain di pusingan pertama bersama 11 lagi pasukan lain yang mempunyai kedudukan ranking terendah di Asia.

Sebelum undian bermula, Malaysia diletakkan dalam pot 1 bersama Kemboja, Macau, Laos, Bhutan dan Mongolia manakala pot 2 menempatkan Bangladesh, Guam, Brunei, Timor Leste, Pakistan dan Sri Lanka.

Perlawanan akan berlangsung secara timbal balik dengan Malaysia terlebih dahulu akan menjadi tuan rumah.

Menurut jadual rasmi perlawanan yang dikeluarkan, skuad Harimau Malaya akan beraksi menentang Timor Leste pada 6 Jun di Stadium Nasional Bukit Jalil, kemudian bertandang ke gelanggang lawan (kemungkinan Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras) pada 11 Jun bagi memburu slot ke pusingan kedua.

Di pusingan kedua, 40 pasukan iaitu pasukan yang berada di ranking 1 hingga 34 asia serta 6 pasukan yang menang di pusingan pertama akan dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 5 pasukan.

Hanya juara kumpulan dan 4 pasukan naib juara yang terbaik akan mara ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan layak secara automatik ke kejohanan Piala Asia 2023. Manakala baki pasukan yang lain akan beraksi dalam saingan kelayakan Piala Asia 2023.

Namun begitu, pemain yang terpilih mewakili negara nanti terpaksa mengorbankan cuti mereka bersama keluarga kerana tarikh perlawanan pusingan pertama bertembung dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang kedua.

Umat Islam di negara ini dijangka menyambut Hari Raya pada 5 Jun, iaitu sehari sebelum skuad kebangsaan memulakan kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Selain itu, skuad negara akan berdepan cabaran berlatih pada bulan puasa dan perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri untuk membawa bekalan gol yang selesa ke tempat lawan.

Memandangkan perlawanan berlangsung pada Hari Raya, jumlah kehadiran penyokong ke stadium mungkin berkurangan kerana kebanyakan diantara mereka akan pulang ke kampung halaman masing-masing.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN