Undian Kelayakan AFC B-23: Malaysia Satu Kumpulan Dengan China

Skuad Malaysia Bawah 23 Tahun dijangka tidak berdepan masalah untuk layak ke pusingan akhir Kejohanan AFC B-23 yang akan berlangsung di Thailand pada bulan Januari tahun 2020 bagi merebut 3 tiket automatik ke Sukan Olimpik Tokyo.

Dalam Majlis undian rasmi yang diadakan di AFC House, Kuala Lumpur sebentar tadi menyaksikan 44 pasukan dari seluruh asia dibahagikan dalam 11 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 pasukan.

24 pasukan dari Asia Barat diundi dalam 6 kumpulan iaitu Kumpulan A hingga F manakala 20 pasukan dari Asia Timur diundi dalam 5 kumpulan iaitu Kumpulan G hingga K.

Malaysia berada dalam balang 1 undian kelayakan AFC B-23 untuk pasukan Asia Timur.

Skuad bimbingan Datuk Ong Kim Swee yang layak ke suku akhir dalam saingan AFC B-23 di China pada bulan Januari lalu berada dalam balang 1 bersama naib juara AFC B-23 2018, Vietnam, Korea Selatan, Jepun dan Korea Utara.

Manakala balang 2 diisi oleh pasukan China, Australia, Thailand, Myanmar dan Hong Kong. Balang 3 dan 4 kebanyakannya diisi oleh pasukan dari Asia Tenggara dan Mongolia, Taiwan serta Macau.

Keputusan rasmi undian kelayakan AFC B-23.

Laluan Malaysia untuk mara ke pusingan akhir di Thailand agak cerah apabila diundi bersama China, Laos dan Filipina dalam kumpulan J. Hanya juara kumpulan dan 4 pasukan tempat kedua terbaik dalam kumpulan sahaja akan layak secara automatik ke kejohanan AFC B-23.

Perlawanan kelayakan AFC B-23 akan berlangsung pada 22 Mac hingga 26 Mac 2019. Malaysia perlu memanfaatkan peluang ini kerana kita akan jadi tuan rumah perlawanan kelayakan untuk kumpulan J. Stadium Nasional Bukit Jalil dijangka akan dipilih sebagai venue perlawanan itu.

Bulan Januari lalu, skuad Ong Kim Swee mengejutkan peminat bola sepak tempatan apabila berjaya melangkah ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Korea Selatan dengan jaringan 1-2. Ia merupakan prestasi yang cemerlang dalam penampilan pertama Malaysia di saingan AFC B-23.

Menurut peta hala tuju F:30 yang dilancarkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) minggu lepas, skuad Malaysia B-23 diletakkan sasaran untuk layak ke sukan olimpik Tokyo 2020.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN