Quantcast

BERITA

Paulo Fonseca Yakin Fred Mampu Jadi Bintang Manchester United

Pengendali Shakhtar Donetsk, Paulo Fonseca tampil mempertahankan bekas pemainnya, Fred yang telah menerima banyak kritikan dari peminat susulan aksi yang mengecewakan sejak menyertai Manchester United.

Fonseca berkata, Fred sebenarnya sedang mengadapi tekanan dan beliau memerlukan masa untuk memperbaikinya.

Bagaimanapun, beliau yakin bahawa Fred mampu menjadi salah seorang pemain terpenting di England.

Fonseca berkata, biarpun tonggak tengah Brazil itu bergelut dalam pasukan barunya ketika ini, tetapi dirinya memiliki potensi untuk menjadi pemain bintang bersama Red Devils.

MANCHESTER, ENGLAND – AUGUST 10: Fred of Manchester United in action during the Premier League match between Manchester United and Leicester City at Old Trafford on August 10, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)

“Dia (Fred) memiliki bakat yang cukup besar dan dia dalam proses untuk memajukan dirinya.”

“Saya percaya dia akan menjadi bintang di United. Namun sudah pasti dia memerlukan masa.”

“Ia sangat berbeza dengan apa yang sering dilakukannya di Ukraine, dia memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan kelab dan saingan liga. Ia situasi yang amat berbeza,” jelas Fonseca kepada ESPN.

Posisi yang sebenar 

Menurut pengurus berusia 45 tahun itu, beliau berkata Jose Mourinho seharusnya memainkan Fred diposisi sebenarnya agar dia mampu memberikan persembahan terbaik dengan kemampuan yang dimiliki.

Fonseca menilai posisi semula jadi Fred adalah sebagai sebahagian daripada dua pemain tengah dalam formasi 4-2-3-1 biarpun pemain itu mampu menyesuaikan diri dengan tiga pemain tengah seperti di Old Trafford.

MIAMI, FL – JULY 31: Fred #17 of Manchester United in action during the International Champions Cup match against Real Madrid at Hard Rock Stadium on July 31, 2018 in Miami, Florida. (Photo by Rob Foldy/Getty Images)

“Pada pandangan saya dia lebih sesuai bermain sebagai dua pemain tengah.

“Dia memiliki fizikal yang kuat dan boleh bergerak dengan bebas di tengah padang.”

Manchester United berjaya mengikat Fred dengan bidaan sebanyak 52 juta pound sterling.

Pemain kelahiran Brazil berusia 25 tahun ini menandatangani kontrak selama lima tahun di Old Trafford.

  • SUMBER