Undi Untuk Mohamed Salah Ditolak Kerana Tandatangan Huruf Besar – FIFA

Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Loading official content
Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen
Check out behind the scenes action from FC Bayern's 2-0 away win in the second leg of UEFA Champions League Last-16 against Bayer Leverkusen.
0 seconds of 1 minute, 29 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances
01:12
00:00
01:29
01:29
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Mourinho: 'We all know we were the better team' Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Pitchside Angle: Matías Mier’s goal vs Malut United Postecoglou: Spurs' strong response secures 3-1 victory over Alkmaar Amorim on Bruno Fernandes: 'We need to help him to win titles' Joshua Kimmich extends his Bayern contract Maresca happy for streak and confident in two players ready for the 'final sprint' Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Vicario: 'We face this kind of pressure every week' Bayern's new anthem – goosebumps at the Allianz Arena Lihat lebih video FC Bayern München di OneFootball

Dua undian untuk Mohamed Salah di Anugerah Best FIFA tidak diambil kira dan dibatalkan atas alasan tandatangan oleh pengundi menggunakan huruf besar.

Itulah alasan pembatalan undian oleh Persatuan Bola Sepak Mesir (EFA) daripada FIFA.

Mesir diwakili oleh pengendali interim, Shawky Gharib dan kapten pasukan, Ahmed Elmohamady – dan kedua-dua mereka telah mengundi penyerang Liverpool, Mohamed Salah sebagai pemenang Anugerah Best FIFA kategori lelaku.

Salah siapa?

Dalam satu kenyataan oleh badan induk dunia itu, ia dipetik sebagai berkata:

“Tandatangan pada borang pencalonan dilakukan menggunakan [ejaan] huruf besar, dan ia menjadikannya tidak sah.”

Kertas pencalonan itu juga tidak disahkan oleh Setiausaha Agung EGFA.

Menurut FIFA, tidak timbul isu tidak telus dalam melakukan pemenang anugerah tersebut seperti yang didakwa segelintir pihak.

Ini kerana proses kiraan undi dipantau oleh badan bebas, PricewaterhouseCoopers (PwC) Switzerland.

FIFA juga mendakwa mereka cuba menghubungi EFA sebanyak dua kali untuk menyelesaikan isu itu sehingga ianya sudah tidak sempat untuk berbuat demikian.

Salah merajuk dengan EFA?

Sejak majlis Best FIFA tempoh hari, Mohamed Salah dikatakan telah memadam nama ‘Mesir’ dari profil akaun Twitter beliau.

Yang tinggal sekarang hanyalah “Pemain bola sepak untuk Liverpool FC”.

Beliau juga kemudianya melakukan satu ciapan bernada seperti kecewa.

“Apa saja mereka telah lakukan untuk menukar cinta saya kepada Mesir, ia tidak akan berjaya.”

Mesej tersebut seperti ditujukan kepada pegawai-pegawai di dalam EFA.

Pihak EFA dikatakan telah menghubungi Salah untuk menjelaskan apa yang telah berlaku.

“Saya telah menghubungi Mohamed Salah untuk menjelaskan perkara ini adalah kerana kesilapan pekerjaan perkeranian,” ujar Presiden EFA, Amr El-Ganainy.

Menurut EFA, Gharib dan Elmohamady masing-masing telah meletakkan Salah sebagai pilihan pertama untuk anugerah tersebut.

Bagaimanapun, media Mesir pula memilih untuk mengundi Sadio Mane dan Cristiano Ronaldo, dan Salah hanya berada di tangga ketiga.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN