Unai Emery Mahu Neymar Dan Cavani Selesaikan Isu Sepakan Penalti

Unai Emery

Pengurus Paris Saint-Germain (PSG) menyerahkan kepada dua pemain bintangnya, Edison Cavani dan Neymar Jr bagi menyelesaikan salah faham mengenai tugas mengambil sepakan penalti ketika perlawanan. Tetapi beliau akan masuk campur berkenaan masalah ini sekiranya memerlukannya berbuat demikian.

Unai Emery menjangkakan kedua-dua pemain tersebut dapat mencapai kata sepakat dalam tanggungjawab mengambil sepakan penalti selepas wujud perbalahan diantara Cavani dan Neymar ketika PSG dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-79 ketika perlawanan menentang Lyon pagi tadi.

Akhirnya sepakan penalti tersebut diambil oleh Cavani yang menyaksikan sepakan tersebut berjaya dinafikan penjaga gol Lyon, Anthony Lopes.

Unai Emery
Paris Saint-Germain’s Uruguayan forward Edinson Cavani (R) celebrates with Paris Saint-Germain’s Brazilian forward Neymar (L) and Paris Saint-Germain’s French forward Kylian Mbappe after scoring the opening goal during the French Ligue 1 football match between Paris Saint-Germain (PSG) and Lyon (OL) at the Parc des Princes stadium in Paris on September 17, 2017. / AFP PHOTO / ALAIN JOCARD (Photo credit should read ALAIN JOCARD/AFP/Getty Images)

“Sepakan penalti akan diambil oleh beberapa orang pemain, satunya adalah Cavani dan yang lain adalah Neymar,” kata Emery.

”Ia memerlukan ‘gentlement agreement’ melibatkan kedua-dua pemain untuk mengambil sepakan penalti.”

”Selepas itu kami akan mengatur sesuatu pada peringkat dalaman mengenai penalti ini, kerana saya rasa kedua-dua pemain boleh menjaringkan gol dan saya mahu mereka bergilir-gilir dalam hal ini.

”Sekiranya tiada ‘agreement’ (dari Cavani dan Neymar), saya akan membuat keputusan. Saya tidak mahu perkara ini menjadi masalah buat kami.”

Sementara itu pada perlawanan yang dimenangi skuad bimbingannya, Unai Emery berkata:

”Kami menghormati kejuaraan (Ligue 1) dan kami diberikan cabaran yang sukar ketika bertemu Lyon pada musim lalu. Hari ini kami mahu menang dengan kesukaran yang tidak terlalu tinggi, namun saya harus mengakui realiti yang kami mesti belajar untuk menderita dan menang dalam keadaan sukar.”

PSG yang menang 2-0 pada perlawanan yang berlangsung di Parc des Princes ini berterima kasih dengan 2 jaringan sendiri yang dihasilkan dua pemain pertahanan Lyon iaitu Marcelo dan Jeremy Morel.

Sumber :

Goal (2017) – http://www.goal.com/en-my/news/emery-tells-cavani-and-neymar-to-sort-it-out-after-penalty/19wgcr2idv3kz1ckqkzn3t7p5z

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN