Gareth Barry Mahu Terus Beraksi Selepas Berjaya Menyamai Rekod Penampilan Terbanyak EPL

Gareth Barry

Pemain West Bromwich Albion (WBA), Gareth Barry merancang untuk terus beraksi selama mana yang beliau mampu selepas berjaya menyamai rekod penampilan legenda Manchester United, Ryan Giggs sebanyak 632 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penampilan ke-632 itu berjaya dilakukan Barry ketika aksi menentang West Ham pada Sabtu lalu.

Bekas pemain antarabangsa England itu bersemangat untuk terus beraksi.

Beliau menyatakan kepada BBC: ”Saya harap begitu (untuk terus beraksi). Saya telah bercakap dengan ramai kawan lama saya yang telah bersara dan tiada siapa yang berkata, ‘Apa yang sedang anda lakukan, masih bermain?’ Semua orang berkata, ‘Mainkan seberapa lama yang mungkin’.

”Saya akan berhenti apabila ingin berhenti menikmatinya dan saya akan tahu apabila saya sudah cukup dan tidak dapat bersaing dengan pemain yang lain.”

Gareth Barry
Gareth Barry, Aston Villa (Photo by Neal Simpson/EMPICS via Getty Images)

“Ia nombor yang sangat banyak apabila anda memikirkannya. Ia berlalu begitu cepat, saya bernasib baik untuk terus bertahan dan kekal cergas selama bertahun-tahun. Ia tidak akan berlaku sehingga anda memandang ke belakang dan setelah bersara nanti anda menyedari betapa besarnya jumlah itu.”

“Apabila anda memikirkan apa yang berlaku di dalam karier, ada banyak yang telah berlaku. Ia berlaku dengan cepat kerana saya masih ingat saat itu (debut) dengan baik. ”

Barry telah membuat penampilan sulung bersama Aston Villa selepas dimasukkan pada lewat babak kedua ketika menang 3-1 menentang Sheffield Wednesday pada Mei 1998. Sewaktu itu, Barry baru berusia 17 tahun.

8 hari kemudian, Barry berjaya melakukan penampilan sulung sebagai pemain kesebelasan utama setelah diturunkan ketika menang 1-0 keatas Arsenal.

Pemain tengah berusia 36 tahun itu berupaya untuk memecahkan rekod tersebut sekiranya pengurus WBA, Tony Pulis menurunkan beliau pada perlawanan bertemu Arsenal yang berlangsung Isnin minggu hadapan.

Sumber :

BT (2017) – http://sport.bt.com/football/gareth-barry-keen-to-play-for-as-long-as-he-can-after-equalling-ryan-giggs-mark-S11364213393170

The Sun (2017) – https://www.thesun.co.uk/sport/football/4479766/gareth-barry-appearances-premier-league-record-ryan-giggs/

 

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN