AFC B-16: Kemunculan Yang Dinantikan, Skuad Elit PPBN Tampil Buat Kali Pertama

Hari ini, Malaysia dijadual akan berangkat ke Bekasi, Indonesia untuk menyertai Kelayakan Kejohanan AFC B-16. Malaysia sebenarnya telah layak ke pusingan akhir iaitu selaku tuan rumah pada kejohanan yang akan berlangsung tahun hadapan itu.

Seperti yang diketahui umum, ini adalah skuad elit Program Pembangunan Bolasepak Negara (PPBN) yang bakal membuat kemunculan sulung dalam kejohanan anjuran Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Malaysia Berada Dalam Kumpulan J, Kelayakan Kejohanan AFC B-16. Foto: The AFC.

Lim Teong Kim sendiri akan mengendalikan pasukan dalam aksi kelayakan kali ini. Skuad negara dijadualkan akan menentang Singapura pada Rabu ini diikuti Guam dua hari kemudian sebelum bertemu Jepun pada hari Ahad.

“Perkara paling penting yang saya mahukan di sana ialah melihat kemajuan pasukan apabila menentang pasukan hebat seperti Jepun selain cuba menamatkan saingan di tangga pertama kumpulan,” ujar Teong Kim kepada Berita Harian.

Pengarah dan Ketua Jurulatih PPBN, Lim Teong Kim. Foto: NFDP Malaysia.

Sasaran utama PPBN ketika ini adalah untuk layak ke Piala Dunia B-17 yang bakal berlangsung pada 2019. Kejohanan AFC B-16 menawarkan empat slot, jadi ia peluang buat Teong Kim untuk membawa projek sulung ini untuk menjejak kaki ke Piala Dunia.

Pada Julai lalu, PPBN telah memberi peluang buat skuad B untuk menyertai Kejohanan AFF B-15 sebagai medan pemilihan beberapa pemain untuk diserap ke dalam skuad utama yang bakal menyertai Kejohanan AFC B-16.

Skuad B PPBN untuk Kejohanan AFF B-15, Julai lalu. Foto: NFDP Malaysia.

Malaysia kandas di separuh akhir selepas tumbang 0-1 kepada Thailand walaupun mempamerkan aksi cemerlang di peringkat kumpulan. Skuad kendalian Raja Azlan Shah itu juga tumpas 2-3 kepada Australia dalam perebutan tempat ke-3 dan 4.

Antara pemain skuad B yang diserap masuk ke skuad elit ini adalah penjaga gawang, Abdul Alim Al-Amri Ali dan kapten skuad B, Ahmad Zikri Mohd Khalili. Selain itu, turut tersenarai anak bekas kapten skuad kebangsaan, Kaironnisam Sahabuddin, iaitu Muhammad Firdaus.

Berikut merupakan senarai 23 pemain skuad B-16 untuk aksi kelayakan Kejohanan AFC B-16:

PENJAGA GOL
1) Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman
2) Abdul Alim Al-Amri Ali
3) Wan Muhammad Syafiq Wan Kamri

PERTAHANAN
1) Pengiran Mohamad Ilham AG Jumahat
2) Muhammad Hariz Mansor
3) Ali Imran Sukari
4) Alif Daniel Abd Aziz
5) Mohammad Alias Alan
6) Muhammad Firdaus Ramli
7) Muhammad Danish Ishak

PEMAIN TENGAH
1) Muhamad Alif Abdul Mutalib
2) Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan
3) Ahmad Zikri Mohd Khalili
4) Aleff Haedi Za’ba
5) Harith Haiqal Adam Afkar
6) Mohamad Faiz Mohamad Khairi
7) Muhammad Firdaus Kaironnisam
8) Mohammad Ikhwan Mohd Hafizo

PENYERANG
1) Muhammad Amirul Azzim Mohd Ruzki
2) Luqman Hakim Shamsudin
3) Aiman Haikhal Azman
4) Harith Naem Jaineh
5) Muhammad Danial Amali

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN