Pengurus Arsenal, Unai Emery berjanji akan memberikan lebih peluang kepada Bernd Leno untuk membuktikan kemampuannya.
Sebelum ini Leno menyatakan kepasrahannya kerana tidak menjadi penjaga gol utama pasukan. Beliau memberitahu, dia setuju menyertai Arsenal kerana menjangkakan dia akan menjadi penjaga gol no.1.
Ini kerana Leno merasakan gaya permainan Unai Emery sangat sesuai dengan beliau.
Namun buat masa ini, Unai Emery masih menggunakan Petr Cech sebagai penjaga gol utama pasukan.
Leno menyatakan dia tak gembira dengan kurang aksi dan minit perlawanan. Beliau hanya membuat debut dalam perlawanan menentang Vorksla dalam kemenangan 4-2 Arsenal.
“Ianya agak mengecewakan (tidak beraksi lebih banyak) namun saya akan tetap tenang dan cuba memperbaiki diri sendiri.”
“Jurulatih adalah orang yang akan memilih kesebelasan utama berdasarkan prestasi.”
Leno juga menyatakan yang Unai Emery tidak ada memberikan tugasan khas kepada dia dan Cech.
“Pengurus tiada menyatakan yang Petr adalah penjaga gol liga dan saya penjaga gol Europa.”
“Saya akan bekerja keras setiap hari untuk mendapatkan lebih banyak perlawanan.”
“Saya datang ke EPL kerana saya rasa liga ini lebih baik daripada Bundesliga. Maksud saya, Bundesliga liga yang baik, namun EPL lebih baik.”
“Ini keputusan terbaik. Jadi saya sentiasa tak sabar untuk beraksi dalam mana-mana perlawanan EPL.”
Unai Emery memberikan komen beliau akan hal itu.
“Apabila anda memulakan pra-musim, ada 25 pemain yang anda kendalikan dan anda harus ada kesabaran untuk setiap pemain terutama sekali untuk pemain baharu dan pemain muda.”
“Pengalaman mereka sangat penting untuk kami bermain setiap perlawaan EPL yang menjadi semakin kompetitif.”
“Kami akan berterusan memberikan mereka peluang dan membantu meningkatkan prestasi mereka di pusat latihan, Colney.”
“Dengan adanya Leno, kami sangat gembira. Dia baru bermain aksi kesebelasan utama pertama beliau. Dan kami akan beterusan memberikan beliau peluang, untuk membolehkan dia lebih yakin beraksi dengan prestasi terbaik.”
Ramai berpendapat Bernd Leno adalah pilihan lebih baik daripada Petr Cech bagi menggerakkan sistem permainan Unai Emery yang berasaskan binaan serangan daripada bawah.
Unai Emery berkata pemilihan pemain biasanya dibuat beberapa jam sebelum perlawanan dan pemain akan diberitahu, siapa akan bermain.
Beliau akan cuba menjelaskan kenapa pemain-pemain ini dipilih.